” Sayangnyaa Ayden kat adik, pandai dia tolong mummy jaga adik.. ” – Netizen

Gambar Terbaru Anak Sulung Bella Astillah, Ayden Adrean Di Samping Adiknya, Ara Adreanna Raih Tumpuan Ramai. Alahai Comelnya Dua Beradik Ni, Rajin Abang Ayden Jaga Adik Ara Yer !!

Umum mengetahui baru-baru ini pelakon dan penyanyi kecil molek, Bella Astillah telah selamat melahirkan anak keduanya. Bayi perempuan itu diberi nama Ara Adreanna, satu nama yang cukup indah buat si cilik yang comel ini. Namun Bella terpaksa redha bersalin tanpa ditemani suaminya, Aliff Aziz.

Ini adalah kerana berikutan pintu sempadan negara masih lagi belum dibuka dan Aliff kini sedang berada di Singapura. Menurut Bella sebelum ini, Aliff sentiasa berhubung dengannya dan anak sulung mereka, Ayden Adrean setiap hari untuk bertanya khabar dan melepaskan rindu setelah beberapa bulan terpaks4 berjauhan.

Baru-baru ini, Bella telah berkongsi wajah anak kedua mereka di laman Instagram miliknya. Perkongsian Bella meraih perhatian ramai yang tidak sabar untuk melihat wajah si comel itu. Memakai sedondon baju berwarna hijau lemut bersama dua orang anaknya, posting Bella memperolehi bannyak tanda suka dan juga pelbagai komen.

Hasil tinjauan di akaun Instagram milik Ayden, Bella telah berkongi gambar terbaru anak sulungnya Ayden bersama anaknya yang baru lahir, Ara Adreanna. Dalam gambar ini, kelihatan Ayden memeluk erat adiknya itu sambil memejamkan mata. Amboi sayang betul Ayden dekat adik Ara yer.

Ikuti perkongsian di bawah :

View this post on Instagram

My beautiful Adik @araadreanna 👧🏻

A post shared by Ayden Adrean (@aydenadrean17) on

Posting video sebelum ini Ayden menjaga adiknya :

Comel sungguh dua beradik ini kan. Pandai abang Ayden jaga adik Ara. Antara komen-komen netizen :

” Sayangnyaa Ayden kat adik, Awwwwwhhhhh shoooo cute. Tahniah dah bergelar abg long.. “

” Besarnya kertas kt dahi tu. Sedu dah hilang ke tu. Comel bah dorang.. “

” Hai ayden abang love ara. Ayden tu hensem betul lah.. “

” Olololo c eden comel.. pindik sudh rambut dia kan.. “

” Masyaallah sejuk mata umi wan memandang Jantung Hati Umi Wan aydenadrean17 araadreanna ni. Pandai dia tolong mummy jaga adik.. “

Kecil-kecil sudah pandai tolong Mummy jaga adik, rajin betul abang Ayden ni kan. Apa-apa pun, kami di Berita Kopak mendoakan semoga Ayden dan Ara membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh dan solehah, sentiasa hormat ibu bapa dan beraya di dunia serta akhirat. Aminnn..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ayden Adrean, Bella Astillah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..