” Sayang, bila I tengok gambar ni I hampir tak kenal siapa ni.. “

Siti Sarah Kongsi Gambar Lama Shuib Berambut Ala-Ala Anuar Zain. Tak Sangka, Anuar Zain Pun Ada Komen Juga !!

Pasangan pelawak Shuib Sepahtu dan isterinya penyanyi terkenal, Siti Sarah Raissuddin tidak perlu diperkenalkan lagi. Untuk pengetahuanShuib dan Sarah berkahwin pada 26 Februari 2011 dan pasangan ini dikurniakan tiga orang anak yang bernama Uwais Al Qarni, Dzakira Talita Zahra dan Ariq Matin.

Mereka bukan sahaja berjaya dalam bidang seni, tapi turut berjaya dalam bidang perniagaan. Pasangan ini memasarkan produk berasaskan madu dan juga kosmetik. Perniagaan mereka bertambah maju dengan permintaan yang tinggi daripada pelanggan-pelanggan dari sehari ke sehari.

Jika anda mengikuti akaun Instagram Shuib dan Sarah, pastinya anda akan melihat kebahagiaan yang terpancar pada wajah mereka. Lebih-lebih lagi Shuib begitu gemar mengusik isterinya. Malah Sarah juga apa kurangnya, turut sering menyakat suaminya itu. Memang pasangan yang sentiasa sweet !!

Menerusi akaun Instagram, Sarah memuatnaik gambar lama Shuib berserta ucapan sempena ulangtahun kelahiran suaminya itu. Sarah menyatakan dia sangat-sangat bersyukur dijodohkan dengan Shuib dan turut mengucapkan terima kasih kepada ibu mertuanya.

Apa yang menariknya, dalam gambar yang dikongsikan oleh Sarah itu, gaya rambut Shuib saling tak tump4h seperti penyanyi terkenal Anuar Zain. Perkongsian Sarah menarik perhatian peminat kedua-dua selebriti ini. Alahai memang stail habis Shuib dulu-dulu yer.

Baca perkongsian Sarah di bawah :

” Sayang bile i tengok gamba ni i hampir tak kenal siapa ni.. padahal ni lah u dulu yg i kenal.mengenali u bukan pada jasad u.. mengenali hati budi u.. “

” Yes im lucky.. syukur ya Allah kerana kau pinjamkan aku lelaki ini di dunia ini.. thank you mama melahirkan anak mama ni dan mendidik die menjadi lelaki yg baik.. “

” Happy birthday sayang .. i sentiasa dibelakang u mendukung cita2 u biar tinggi sampai ke bintang i love u.. “

Posting Sarah mendapat komen daripada Shuib. Apa yang menariknya Shuib telah menulis lirik-lirik lagu Anuar Zain dengan menggel4rkan dirinya sebagai Shuib Zain :

Tak sangka, komen Shuib telah mendapat perhatian daripada Anuar Zain sendiri. Anuar turut membalas komen Shuib dengan mengucapkan selamat hari lahir dan menitipkan doa buat Shuib :

Ini pula komen balas daripada Siti Sarah buat Shuib dan Anuar Zain :

Rata-rata peminat memberi ucapan selamat hari lahir buat Shuib dan turut menyamakan gaya rambut Shuib dengan Anuar Zain. Antara komen-komen peminat :

” Happy Birthday Bro @shuibsepahtu. Anuar zain tuuuu… “

” Awwww so sweet lah… terbaik lah karangan cinta dari @sitisarahraissuddin.. “

” Brother shuib dulu kini dn slamanya akhlak still mantain… alhamdulillah.. “

” Happy birthday shuib! Moga terus diperluaskan rezeki dari kiri kanan atas bawah. moga terus berjaya dunia akhirat. moga terus jadik suami yg baik buat @sitisarahraissuddin & daddy yang baik buat anak2. moga selalu dalam lindungan Allah. moga semua dia baik dimakbulkan Allah.. aaminnnnn.. “

” Matamu tetap menjadi pujaan hatiku. hahaha… btw happy birthday bosskur.. “

” Kemain hensem kak abg ib, sekarang tak hensem. Dulu lagi hensem kak abg ib @sitisarahraissuddin.. “

” Untung la ko ibb ade isteri yg selalu sokong kau dari belakang.. “

” Cuba masok gambar siti sarah dulu2.. “

” Shuib zain sila balas ayat cinta dengan basurah, baru betul kulaan.. “

” Shuib zain s1utt… Hahahhhahahahhahahahahha.. “

Kami di Berita Kopak ingin mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran yang ke 35 buat Shuib. Semoga dimurahkan rezeki, dipermudahkan semua urusan, sentiasa dalam rahmat Allah dan berbahagia di samping anak-anak tersayang di dunia dan akhirat. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Siti Sarah Raissuddin by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..