” Saya Sedih Sebab Suami Update Gambar Dia Sorang-sorang Kalau Melancong Bersama, Takde Pun Gambar Saya, Kalau Update Status Takde Pun TAG saya..

Kalau Dengan Kawan-Kawan Dia Boleh Pulak TAG Member2…”

Orang perempuan memang diketahui mempunyai jiwa yang lembut dan sensit1f. Lebih-lebih jika mereka baru mernghadapi seseuatu ujian. Suami sepatutnta lebih memahami keadaan tersebut. Sekurang-kurangnya senantiasa prihatin dengan perasaan isteri.

Mari kita baca sebuah kisah yang diluahkan olerh seorang wanita yang begitu terasa dengan sikap suaminya yang membuatkan dirinya seolah-olah tidak wujud.

Salam min ,

ni kisah saya..tolong siarkan kisah saya , saya tengah sedih ni. Saya sedang bercuti di luar negara dengan suami berdua sebab saya baru lepas kehilangan anak kami (meningg4l dunia) ,

Kisahnya bergini , masa kami tengah bercuti sekarang ni, biasalah tengah bercuti mesti ada masukkan gambar kan. Jadi saya pun mcm isteri isteri yang lain la, tag gambar pada suami , so dia okay je. Tapi bila tang suami , masuk gambar hanya gambar dia seorang , kalau update status pun tak tag nama saya sekali. Ada juga saya perli perli “aii bercuti sorang2 ker”.  Sebelum pergi bercuti saya suruh suami tukar setting tagging…


Gambar Sekadar Hiasan

Bukan apa nanti kalau saya tag gambar senang la tak perlu dia approve baru boleh keluar di wall Fb suami , tapi yang saya sedih , harini suami tag kawan kawan dia dan kawan kawan sy , tanpa tag kepada saya sekali. Bila saya bukak fb baru nampak gambar tu tak ditag kepada saya sama , sedangkan suami tag kepada kawan kawan saya.  Jadi sebagai isteri saya terasa hati la, saya tanya dia kenapa tak tag sayang sekali ?.

Sedangkan abg tag kawan kawan syg ? Dia kata “dah tag tadi “.  Tapi kalau dah tag mesti ada nama saya..then baruu suami tag nama saya . Sedangkan gambar yang suami masuk dlm fb tu ada saya dan beberapa peserta dari Malaysia. Jadi sepanjang perjalanan ke tempat lawatan lain saya rasa sedih sangat. Sampai la ke kedai jualan tshirt, walaupun saya terasa hati dengan suami. saya tetap tanya suami “nanti balik pakai baju sedondon ya ” suami kata okay.


Gambar Sekadar Hiasan

Tapi dia sibuk pilih tshirt untuk kawan kawan dan untuk dia pakai sampai laa dia pergi bayar baju tu sorang sorang. Sedangkan saya tengah pilih baju. Bila habis bayar suami datang pada saya , jadi saya berasa geram la..sebab kenapa tak tunggu saya yang masih pilih baju (duit dekat suami semuanya) , then saya tanya lagi , kenapa tak pilih baju yang nk pakai sedondon tu ? Tanak pakai sama sama ke ?. kalau tanak ckp..

Then suami terus marah dia kata awak ni kenapa ? Marah sebab tak tag jeeeee pun ! Then saya cakap “yela”.. pastu dia kata ” ahh g mamp0s laa kau ” depan depan jurujual tu. Sebelum suami pergi dia bagi saya duit untuk bayar. Tapi duit tu , duit yang saya dah asingkn untuk bayar driver dan hostel. Jadi saya terpaksa guna jela sebab nk bayar , saya sedih sangat , saya ke yang salah ?


Gambar Sekadar Hiasan

Sebab merajuk suami tak tag saya hanya tag kawan2 saya dan dia ?. Tapi sebelum2 ni pun suami tak tag saya , bila saya suruh masukkan gambar kami pun dia tak masukkan. Jadi salah saya ke ?. Ni suami tidor saya tak boleh nak tidor sedih . Patut saya happy masa bercutian ni , saya rasa mcm suami tak ikhlas dengan saya.Jadi saya tanak gad0h saya bl0ck suami , saya bl0ck sebab saya tanak s4kit hati lagi , biarla dia tanak tag ke apa kee . Saya ke yang salah ?

Terima Kasih kerana Membaca. Silakan SHARE Ya!

Disediakan Dan Disusun Oleh Berita Kopak / Content Media

Sumber : KRT