” Saya sayang dia sebenarnya.. “

Sheila Rusly Sebak Dan Menitis Air Mata Berkongsi Mengenai Kisahnya Dengan Janna Nick

Ramai mengetahui hubungan baik yang terjalin antara aktres Janna Nick dengan pelakon, pengacara dan penerbit JS Pictures, Sheila Rusly sebelum ini. Malah Sheila dan suaminya Azman Yahya atau lebih mesra dengan panggilan Jinggo dan juga Tok Sidang adalah individu yang menaikkan nama Janna Nick dalam bidang lakonan.

Sebelum ini, Janna Nick atau pemilik nama sebenar Nurul Jannah Muner telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Sheila serta keluarganya jika dia pernah membuat sebarang kesalahan sehingga mengg0res perasaan penerbit dan pengarah itu.

Janna Nick juga pernah menghantar mesej memohon kemaafan kepada Sheila dan keluarganya. Namun begitu sehingga kini sampai sekarang, peminat masih tertanya-tanya kenapa hubungan rapat antara Sheila dan Janna Nick boleh menjadi rengg4ng sedangkan sebelum ini mereka seperti ibu dan anak.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun Instagram Mstar, Sheila mengatakan dia sudah memaafkan Janna Nick. Menurut Sheila, dia sebenarnya sayangkan Janna Nick, tetapi terlalu peribadi untuk dikongsikan apa yang berlaku antara mereka.

Sheila tidak dapat menahan sebak dan menitis air mata ketika bercerita mengenai Janna Nick. Jom tonton video di bawah :

” Sheila Rusly menitiskan air mata berkongsi mengenai hubungannya dengan Janna Nick.. “

Rata-rata peminat mengharapkan kedua-dua selebriti ini berbaik seperti sebelum ini. Antara komen-komen peminat :

” Semoga semua baik2 shj.. bu4ng yg ker0h ambil yg jernih.. “

” Haii guyz im part with them… i berkawan dgn sis 28 tahun… dan janna 5 tahun.. let them settle themself.. insyallah mereka akn berbaik kalau ALLAH menentu kan nya… amin.. respect them.. “

” Knp plak… nk bt jd menantu xdapat ke.. janna tolak mentah2 ehh. Hehehe.. “

” La menangis pulak kalau da syg angap je tu semua 1 dugaan dari Allah nak tngok hang kuat ke ta terima dugaan ini… ada hikmah sebalek nya sabar je.. “

” Kdg2 kita x tahu apa yg jadi.. hati bila tergur1s… mmg mudah bagi org lain.. pada yg merasa.. x semudah yg disangka… tmbah2 bila kita syg org tu… apa pun semoga semua kembali berbaik.. da nk bulan ramdhan ni.. doakan yg baik2… kita jgn persenda… kena diri sendiri nnti x ttanggung plak.. “

” Cepat2 berbaik semula… rindu korang nye moments @sheilarusly_jspictures @jannanick.. “

Setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Sama-sama kita doakan Sheila dan Janna berbaik semula seperti ahli keluarga sendiri macam sebelum ini.

Sempena Ramadhan yang mulia yang bakal menemui kita tidak lama lagi, sama-samalah bermaafan dan melupakan sengket4 yang lalu. Sedangkan Nabi pun mengampunkan umatnya. Bak kata pepatah, bu4ng yang ker0h, ambil yang jernih. Wallahualam.

(Kredit Foto : Media Hiburan)

Sumber video : Mstar

Sumber : Sheila Rusly, Janna Nick by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..