” Saya nak pec4h satu rahsia tentang Kesuma Jiwa. Penyanyi utama Dayang sebenarnya.. “

Dato’ Rizalman Ded4h Sikap Dayang Nurfaizah Yang Tidak Beliau Jangkakan. Tak Sangka Tindakan Dayang Sampai Macam Ni !!

Siapa tidak mengenali pereka fesyen terkenal Dato’ Rizalman Ibrahim. Rekaan busananya terkenal hingga ke peringkat antarabangsa. Sejak Oktober tahun lalu lagi sudah diumumkan oleh Dato’ Rizalman bahawa beliau akan mengadakan satu pementasan konsert yang menggabungkan muzik dan fesyen.

Dan penyanyi dan sahabat baiknya Dayang Nurfaizah dipilih untuk menyanyikan lagu klasik sepanjang pementasan tersebut. Sejak penjualan tiket dibuka kepada umum, konsert ini yang akan dilangsungkan di Istana Budaya mencatat rekod jualan terpantas apabila tiket habis dijual hanya dalam masa 15 minit.

Fesyen rekaan Dato’ Rizalman yang bakal ditayangkan pada 20 Februari ini bakal menjadi rekaannya yang terakhir buat Zalora. Pastinya suara merdu Dayang yang bakal berkumandang di seluruh dewan Istana Budaya akan menjadi sejarah buat dirinya dan Dato’ Rizalman sendiri.

Menerusi akaun Instagram, Dato’ Rizalman telah mended4hkan satu rahsia tentang penyanyi utama Kesuma Jiwa, Dayang Nurfaizah. Pementasan yang menjadi karya agungnya itu rupa-rupanya tidak langsung dikenakan bayaran oleh Dayang. Sebagai menghargai persahabatannya bersama Dato’ Rizalman semuanya percuma. Hebat nilai persahabatan mereka ini.

Jom baca kapsyen di bawah :

View this post on Instagram

saya nak pecahkan satu rahsia kat sini. walaupon kos produksi KesumaJiwa sudah mencecah jutaan ringgit untuk hanya persembahan satu malam sahaja.. namun, ianya tidak termasuk bayaran nyanyian kepada artis utama kita pada malam itu nanti. @dayangsayangkamu yg tidak mengenakan bayaran satu sen pon malah tidak berkira untuk sama2 berhempas pulas tanpa rasa mengeluh dan menyesal untuk menyumbang kan suara beliau demi sebuah silaturahim.. beliau berkata, tiada nilai wang ringgit yg dapat menggantikan persahabatan kami berdua.. kerana beliau tidak mahu memperdagangkan anugerah Allah itu atas sesuatu yg tidak terungkap keagungan manafaat nya ke atas orang lain. . . . bagi membalas budi beliau dek kerana cabaran yg saya berikan untuk beliau menyampaikan lagu2 dalam bentuk irama asli yg bukannya sesuatu di dalam zon selesa nya…saya hadiahkan sebuah pentas untuk sekalian jiwa melihat bakat dan keupayaan beliau di dalam bidang nyanyian supaya insyaallah dunia akan menjadi saksi dan senantiasa Dayang menjadi KESUMA kita semua. . . . ambang #kesumajiwa2020 Istana Budaya 20.02.2020 8:30 mlm dibawakan khas oleh @rinetwork.my @zaloramy *tickets-SOLD OUT

A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on

Rata-rata netizen terharu dengan perkongsian ini. Antara komen-komen netizen :

” Will always love you Dato and Dayang.. “

” Ya Allah…. Sungguh baik hati biduanita kita. Semoga Allah pelihara orang orang yang baik macam Dato dan Dayang.. “

” Semoga persahabatan dan ukhwah anda berdua sehingga ke jannah.. In shaa Allah aamin amiin ya rabb.. “

” Masha allah.. Kedua-duanya adalah KESUMA HATI MALAYSIAN.. “

” Terharunya tengok persahabatan dato dan dayang… Semoga persahabatan ni kekal selamanya amin… Love you.. “

” Sucinya hati DAYANG secantik orangnya.. “

” SubhanALLAH… Ini lah bukit persahabatan sejati. Sanggup berkorban.. “

Beruntunglah mereka saling melengkapi sebagai sahabat sejati. Bukan mudah untuk mencari seorang yang sanggup berk0rban ker1ngat dan tenaga hanya untuk menghiburkan orang ramai. Tahniah Dayang. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga pementasan Kesuma Jiwa akan berjalan dengan lancar dan sempurna nanti. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dato’ Rizalman by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK/ CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..