” Saya minta maaf, ada sesuatu yang tidak diingini telah berlaku..”

Video Pengumuman  Dayang Nurfaizah Mengenai Perkara Yang Tidak Diingini Itu, Tapi Cara Dayang Umumkan Buat Ramai Peminatnya Kagum !!! 

Dayang Nurfaizah atau nama sebenarnya Dayang Nurfaizah Awang Dowty ialah antara penyanyi wanita yang paling dikenali di negara ini. Dayang memulakan kerjaynya pada usia 18 tahun.Dayang Nurfaizah merupakan anak kelahiran Kuching, Sarawak.

Dayang sudahpun mencapai status terbaik dalam arena seni suara dengan menghasilkan banyak album studio dan meraih pelbagai anugerah dari dalam dan luar negara. Nama beliau sebaris dengan penyanyi wanita seangkatan seperti Siti Nurhaliza, Misha Omar, Liza Hanim dan Jaclyn Victor.

Bakat besar yang dimiliki penyanyi kelahiran Sarawak ini sudah pun dikesan sejak kecil lagi. Di samping itu, kebolehan luar biasa Dayang menyanyikan lagu-lagu asli Melayu serta lagu bergenre R&B menjadikan penyanyi ini sangat diminati ramai.

Dan tidak hairanlah sekiranya Dayang memenangi banyak anugerah dalam bidang ini. Gandingan hebat Dayang dan Hael Husaini dalam lagu Haram telah meraih gelaran juara dalam Anugerah Juara Lagu 33.

Terbaru di laman Instagram miliknya, dayang Nurfaizah telah memuat naik sebuah video. Video tersebut memaprkan dirinya yang sedang berdiri di atas pentas untuk membuat persembahan nyanyian di UMP.

Sebelum Dayang membuat persembahan, Dayang telah mengumumkan sesuatu kepada semua audien yang datang. Menurut Dayang, disebabkan terlalu teruja untuk membuat persembahan ada sesuatu yang tidak diingini telah berlaku kepada dirinya.

Dayang berulang kali memohon maaf kepada semua peminatnya dan telah menyatakan perkara yang tidak diingini itu.

Dayang : Dayang excited sangat dan tak sabar nak perform, ada perkara yang tidak diingini berlaku kepada Dayang… Nak tahu apa ??

Dayang : Dayang minta maaf sebab sesuatu yang tidak diingini telah berlaku kepada KASUT Dayang..

Dayang : Saya minta maaf, saya hanya berselipar dan sori saya perlu sembunyikan, tapi ianya tidak menghalang untuk Dayang nak menyanyi pada malam ini..

Alahai kasihannya Dayang. Sesuatu yang tidak diingini telah berlaku kepada kasutnya. Namun begitu, ianya tidak menjadi penghalang untuk dirinya membuat persembahan malam tadi di UMP. Syabas dan tahniah Dayang.

Jom tonton video di bawah untuk melihat betapa humble nya Dayang dan betapa sporting nya UMP.

 Check it out !!

” Terima kasih UMP sporting sangat Dayang sayang Kamu tak da kasut. “

Rata-rata peminat dan pengikut Dayang Nurfaizah memuji kerendahan hati penyanyi ini. Antara komen-komen mereka :

” Tak tahan bila ada yg jerit “astaghfirullahalazim!!” Bila dayang kata ada benda terjadi pada kasutnya. “

” Kami fans tak perlukn kasut Yang cantik, kami nk Suara Dan aura dayang Yang Hebat je “

” Humble nyer la Queen kite ni. Siap minta maaf sebab nyanyi pakai selipar jer. Wlopun pakai selipar queen tetap cantik dihati kami haeyangers and queendom “

” Terbaik la dayang.. wpun ada mslh tetap fikir positif dan tetap nak hiburkan peminatnya. “

” Kasut xde xpe dayang ttp comel je wpun pakai selipar je. “

” Mmg seseorg yg sgt2 humble dan sgt2 jujur…beruntung ar pd sape yg dpt memenangi hati dayang. “

Terbaiklah Dayang. Semangat yang macam inilah yang perlu ada pada diri seorang penyanyi.  Tetap membuat persembahan dan tidak menghampakan peminat yang hadir walaupun pelbagai dugaan menimpa.

Kami di Berita Kopak mendoakan Dayang terus tabah dan kuat dalam mengharungi liku-liku sebagai seorang anak seni. Amin.

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Dayang Nurfaizah by Berita Kopak & Content Media.

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..