” Saya Hal4u Mak Mertua Yang Selalu Minta Duit Bulanan Tetapi Tidak Disangka Ini Yang Saya Terima.. “

Saya dilahirkan di bandar dalam keluarga yang boleh dikatakan agak mewah. Ini kerana kedua ibubapa saya adalah peniaga sepenuh masa dan mempunyai kedai menjual barangan runcit. Boleh dikatakan semenjak lahir saya tidak pernah merasa kekurangan dari segi wang ringgit dan apa yang saya inginkan pasti ditunaikan.

Tetapi dalam pada itu, sebenarnya hati dan jiwa saya merasa kosong dan kesepian. Perasaan itu terus berada di dalam diri saya sehinggalah saya dewasa. Sehinggalah saya mengenali Ayu (bukan nama sebenar). Ayu seorang gadis yang cantik tetapi berasal dari kampung di utara tanah air.

Bapanya adalah seorang petani dan kehidupan mereka sekeluarga bukanlah seperti keluarga saya yang mewah dan hidup pula di bandar besar. Kerana selalu menghantar Ayu pulang ke kampungnya, saya dapat mengenali keluarga Ayu dengan lebih rapat.

Tetapi satu yang saya merasa cembuuru mengenai keluarga Ayu ialah hubungan antara mereka sekeluarga dilihat begitu harmoni dan bahagia. Mereka saya lihat selalu bergembira dan bergurau. Ianya jauh berbeza dengan keluarga saya.

(Gambar Sekadar Hiasan)

Sebenarnya sejak mengenali Ayu, hati saya sudah merasa terpikat dengan dirinya dan keluarga mereka. Tidak lama kemudian saya pun mengambil keputusan untuk berkahwin dengannya. Perkahwinan kami direstui oleh kedua-dua bel4h keluarga.

Selepas kami berkahwin, rumahtangga yang kami lalui berjalan dengan baik. Kami selalu pergi berjalan-jalan dan selalu bercuti. Kami yang sama-sama bekerja tidak pernah bersuara tentang wang atau duit yang kami belanjakan.

(Gambar Sekadar Hiasan)

Dan kebanyakkan segala bil-bil serta belanja untuk kami bercuti atau berjalan-jalan akan diuruskan oleh saya. Tetapi tidak pernah sekalipun saya meminta duit dari ibubapa saya selepas saya berkahwin.

Saya tidak mahu dikatakan masih mahu bergant0ng kepada ibubapa selepas berkahwin. saya ingin berdikari dan menikmati hidup kami sendiri dengan apa yang kami ada.

Tetapi sebenarnya saya bukanlah seorang pengurus wang yang baik. Enam bulan selepas perkahwinan, kami mula mengalami masalah kewangan. kami juga terpaks4 menangg0ng hut4ng kad kredit yang tinggi akib4t selalu berbelanja dan bercuti.

Itu belum lagi dikira dengan ibu mertua saya yang selalu meminta wang. Setiap bulan isteri pasti akan memberikan sejumlah wang kepada ibunya. Jika ibu mertua datang menziarahi kami, isteri saya akan sentaisa memberinya wang sebelum ibu mertua pulang. Walaupun tidak pernah saya ungk1t tetapi di dalam hati saya mula merasa benc1 kepada ibu mertua saya.

Kerana keadaan kewangan kami yang semakin ter0k, kami tidak berani lagi untuk makan di luar atau pun pergi bercuti. Kehidupan kami semakin hari semakin hambar sehinggalah kemuncaknya apabila ibu mertua saya datang menziarahi kami ke rumah.

(Gambar Sekadar Hiasan)

Saya yang berada dalam keadaan tertekan dan perasaan benc1 yang mendalam kepada ibu mertua yang selalu meminta wang bulanan akhirnya bersuara dan bercakap kasar. Apa yang saya luahkan dan lakukan itu membuatkan isteri berkecil hati dan ibu mertua saya terus pulang  ke kampung. Walaupun begitu dia sempat meminta maaf kepada saya dan isteri kerana menyus4hkan kami selama ini.

Ketika itu saya sangat berasa puas hati atas apa yang saya lakukan itu. Tetapi saya tidak menyangka apa yang saya lakukan itu adalah sesuatu yang tidak sepatutnya sehinggalah saya mendapat ‘sesuatu’ sebagai pengajaran.

Tidak lama selepas itu rumah saya telah dimasuki pencuuri. Banyak barang-barang di dalam rumah telah hilang seperti laptop, telefon bimbit serta barangan kemas telah di ambil pencurii. Semuanya hilang dalam masa hanya satu malam.

Saya hanya mampu mengalirkan airmata dan merasa diri saya seperti kata pepat4h ‘sudah jat0h ditimp4 tangga’. Saya benar-benar merasa kehil4ngan harapan bercampur ger4m.

(Gambar Sekadar Hiasan)

Keesokan harinya, tiba-tiba ibu mertua datang ke rumah. Mungkin dia mengetahui tentang kejadian tersebut dari isteri dan datang hanya untuk memberikan kami semangat. Tetapi tiba-tiba dia melakukan seusuatu yang membuatkan saya merasa benar-benar merasa terpuk0l dan menyes4l.

Dia mengeluarkan sejumlah duit dari beg yang di bawanya dan memberikannya kepada saya untuk berbelanja dan membeli apa sahaja keperluan.

Bayangkan bukan sedikit duit yang ingin diberinya kepada  saya. Ianya berjumlah ribuan ringgit. Tetapi kata-katanya telah membuatkan airmata saya terus menitis tanpa sukar dibend0ng lagi. “Ini adalah semua duit bulanan yang pernah kamu berikan pada mak. Mak tak belanja, mak simpan, nanti kalau korang susah boleh mak pulangkan semula ”

Mendengar kata-kata tersebut, saya terdiam dan terus memelok dirinya. Saya meminta maaf atas perbuatan ka4r yang pernah saya lakukan padanya dan saya sangat bersyukur memiliki mertua yang sederhana sepertinya, tetapi hatinya sangat mulia.

Jadi, berbuat baiklah kepada ibu dan bapa mertua kita. Janganlah sesekali kita meny4kiti hati mereka dan anggaplah mereka juga seperti ibubapa kita. Semoga apa yang kita lakukan diberkati dan mendapat rahmat dariNYA.

Terima Kasih kerana Membaca. Silakan SHARE Ya!

Disediakan Dan Disusun oleh Berita Kopak / Content Media

Sumber : Kisah Suami Isteri