” Saya bukan nak bandingkan sesiapa. Honestly walaupun ini perkahwinan kedua, Fasha nampak sangat berseri dan cantik.. “

Fasha Sandha Kongsi Video Majlis Perkahwinan, Buat Netizen Rasa Sebak & Terharu !!

Pelakon cantik jelita Fasha Sandha atau pemilik nama sebenar Nur Fasha Sandha Hassan telah selamat bergelar isteri kepada pelakon Aidil Aziz pada hujung 30 Mac yang lalu.

Dengan sekali lafaz Fasha dan Aidil selamat diijabqabulkan di Masjid Tunku Syed Putra Jamalullail, Kangar, sekitar jam 8.30 pagi.

Fasha yang seblum itu baru sahaja menyambut hari lahir yang ke 34 beberapa hari sebelum majlis mengenakan busana pengantin yang direka oleh pereka fesyen tempatan, Rizman Ruzaini semasa majlis akad nikahnya.

Majlis resepsi di sebelah keluarga Aidil telah diadakan minggu lalu di Negeri Sembilan. Fasha mengenakan busana baju kurung moden kontemporari lengkap dengan pelapik dada yang adaptasi dari busana tradisional negeri sembilan. Busana pengantin itu turut diserikan lagi dengan aksesori gandik dan cuc0k sanggul di kepala sebagai pelengkap gaya.

Pengantin baru ini juga turut diarak menaiki tandu dan majlis yang berlangsung sangat meriah dengan suasana kampung. Bergotong-royong beramai-ramai sebelum dan selepas majlis. Malah pengantin pun kena basuh periuk belanga selepas majlis selesai. Kan best suasana kenduri macam ini !!

Menerusi akaun Instagram, jika sebelum ini Fasha memuatnaik gambar-gambar sekitar majlis, tetapi kali ini Fasha berkongsi video sepanjang majlis berlangsung. Rata-rata peminat teruja menonton video yang dikongsikan oleh Fasha ini.

Jom tonton video di bawah :

Majlis Bertandang #aidilfasha di Rembau.. “

View this post on Instagram

Kenangan Terindah ❤️

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Jutaan Penghargaan Buat @weddingsbyemma, D @alhaalfa & @rizmanruzaini. Terima kasih buat semua yang terlibat dalam #aidilfasha.. “

Peminat turut memuji Fasha dan Aidil yang mengekalkan ciri-ciri kemelayuan untuk tema perkahwinan mereka. Malah ada yang terharu melihat kebahagian Fasha menerusi perkahwinan keduanya. Antara komen-komen peminat :

” Niat saya bukan nak bandingkan sesiapa, honestly walaupun ni perkahwinan kedua fasha, tapi seri dan cantiknya menjadi raja sehari mengalahkan perkahwinan anak dara. tak perlu pakai s3ksi2 nampak dada atau bahu, macam ni pun dah terserlah keayuannya. masyaAllah.. “

” Rare.. perkahwinan artis mcm ni.. love u fasha.. low profile but understanding.. semoga perkahwinan fasha and aidil berkekalan hingga ke jannah.. “

” Antara paling cantik perkhawinan artis malaysia…. tabik spring dkt u all dia… “

” Ni mmg kawin artis paling terbaik dan jarang jarang sya tengok… mmg the best setakat ini… tahniah @itsaidilaziz dan @fashasandha … both of u are awesome… “‘

” X payah nak buat tema2 kampung bagai dlm dewan. Buat betul2 kat rumah kampung lagi nampak best dan tradisional.. “

” Bestnya kenduri dia. semua orang enjoy & happy biarpun berpanas terik. Love teruk video ni. Konsep perkahwinan yang sangat sempoii. semoga kebahagiaan menjadi milikmu sekeluarga selamanya @fashasandha bersama @itsaidilaziz & family. Moga yg baik2 sahaja berlaku dalam hidup pasangan ini.. “

” Tgk berulang-kali. Ada sentimental value. Moga Allah merahmati kamu.. Dan yg melihat klip video ini. Aamin.. “

Kami di Berita Kopak mendoakan kebahagiaan buat Fasha dan Aidil. Semoga dikurniakan rumahtangga yang sakinah, ma waddah wa rahmah dan berkekalan sehingga ke akhir hayat bersama anak-anak dan keluarga yang tersayang. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fasha Sandha by Berita Kopak & Content Media

Article ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..