” Satu Desa Pandan dengar aku gelak.. ” – Netizen

Video Rosix Dan Noor Nabila Bersama Jabir Meftah Yang Penuh Dengan Gelak Ketawa. Ad0i Jabir, Kelakar Sungguh Part P0tong Kek Tu. Sampai Terbah4k-Bah4k Rosix Dan Bella Gelak. Pak Lawak Rupanya Jabir Ni !!

Pengemar saluran Youtube pasti kenal dengan gandingan Rosix Omar dan Noor Nabila. Menamakan saluran mereka sebagai Rosix & Bella, gandingan ini sering berkongsikan resepi masakan yang enak. Rosix yang mudah terhibur memang seorang kaki ketawa.

Mendengar ketawa Rosix sahaja sudah buat peminat ikut ketawa. Nabila pula bila bersama Rosix, terus bertukar jadi masuk air juga perangainya. Saluran Youtube mereka ini sudahpun diikuti seramai 152 ribu orang. Sebelum ini Zizan Razak pernah dijemput menjadi tetamu undangan mereka.

Untuk edisi kali ini, Rosix dan Bella membawakan topik makanan Lemang Instant, kek buah dan telapuk kuda daripada Bigm0uth. Membawakan peserta Hero Remaja, Jabir Meftah sebagai undangan istimewa, bermulalah edisi ketawa Rosix dan Bella yang menghiburkan.

Menerusi akaun Instagram Rosix Omar, telah dikongsikan satu sedutan video bagi saluran Youtube Rosix bersama Bella menampilkan peserta akhir Hero Remaja, Jabir Meftah. Berbagai-bagai kejadian lucu terjadi yang dibuat Jabir hinggakan Rosix dan Bella ketawa tak henti. Pak lawak juga Jabir ni.

Jom tonton video di bawah :

Memang mencuit hati sungguh gaya mereka bertiga ini. Rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian ini. Antara komen-komen mereka :

” Ad0iii Jabir dgn Rosix. Sak1t perut ah gelak HAHAHA.. Ad0hai jabir bkpo p0tong kek gitu, pen4t eh suko.. “

” Aku perhati je jabir tuhh . Kena bul1 gan rosix AHAHAHAHAH bellaaa gelakk jee duh dari tadi.. “

” Si Jabir ni in character ke betul2? Sak1t perut aku gelak.. Sump4h lawak ! Hahaha jabir so cute and funny !.. ”

” Kak Bella dan Abg Rosix banyak gelak sebab tak tahan tengok gelag4t Jabir..  Hahahahha kesi4n jabir asik kena gelak je dgn rosix and bella.. “

” Satu Desa pandan dengar aku gelak. Bella rosix. Part potong senget tu, keluar air mata gelak.. “

” Ad0iiii la, aku gelak kes tgk rosix gelakkk. Lawaklah jabir ni. Next time boleh panggil jabir ni lagi.. “

Bersugguh betul dari awal Rosix dengan Bella ketawa. Tambah dengan gaya Jabir lagi buat lagi meriah. Sampai keluar air mata Bella tergelak. Video paling menghiburkan daripada partner ni. Apa pun, semoga Rosix dan Bella terus menghiburkan dan menceriakan hati peminat-peminat dengan video sebegini.

Tonton video penuh di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG IG Rosix Omar, Youtube Channel Rosix & Bella

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..