Sari Yanti Kongsi Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Dariya Inara

Dariya Teruja Dapat Kek Didi & Friends Sampai Tak Nak Tengok Kamera. Serius Comel !!

Pemilik nama Dariya Inara, anak kepada pasangan selebriti popular Jep Sepahtu dan isterinya Sari Yanti, semakin mendapat perhatian ramai. Wajahnya yang comel dikatakan sangat mirip dengan ayahnya.

Secara tak langsung Dariya Inara yang mesra dengan panggilan Dariya ini terkena tempias populari ibu dan ayahnya. Dah nama anak artis kan, mestilah popular juga. Malah ada juga anak artis yang lebih ‘glemer’ daripada mak ayah mereka.

Dariya juga turut memiliki akaun Instagramnya sendiri iaitu @dariyainaraofficial yang dikendalikan oleh ibu dan ayahnya sendiri. Sehingga kini Dariya memperolehi sebanyak 262 ribu pengikut di Instagram.

Gambar-gambar dan video-video Dariya yang dikongsikan oleh Jep dan Sari Yanti sering mendapat banyak komen dan like daripada peminat-peminat yang sentiasa menantikan update terkini mengenai Dariya.

Lebih-lebih lagi caption yang dimuatnaik oleh Jep dan Sari Yanti biasanya menyelitkan ayat yang kelakar dan ini membuatkan ramai yang terhibur dan turut mengusik Jep di ruangan komen.

Menerusi akaun Instagram, Sari Yanti berkongsi beberapa gambar sekitar Majlis Hari Lahir Dariya yang pertama yang diraikan bersama keluarga terdekat. Menurut Sari Yanti, hari lahir Dariya sebenarnya adalah pada 25 Mac, tetapi memandangkan nenek Dariya datang berkunjung ke rumahnya, mereka mengadakan sambutan lebih awal.

Apa yang menariknya, Dariya sangat teruja dengan kek animasi kesukaan ramai Didi and Friends. Mata Dariya asyik tertumpu kepada kek sahaja daripada memandang lensa kamera ketika bergambar. Mesti Dariya tak sabar nak makan kek Didi tu kan ? Alahai comel betul !!

Jom baca perkongsian Sari Yanti di bawah :

Dariya teruja betul dengan cake Didi tu sampai kebanyakan gambar dia pandang bawah je. Yang muka tegak pun tak tengok camera.. Alahai.. “

” Dariya punya birthday sebenarnya 25hb. P0t0ng cake hari ni sebab kebetulan nenek dia datang.. “

Yeay dapat pun satu gambar Dariya pandang camera. A little early birthday party for Dariya.. “

Rata-rata peminat mendoakan dan menitipkan ucapan buat Dariya. Antara ucapan-ucapan peminat :

” Sanah helwah little princess Dariya. Moga jd anak yg solehah dan beriman.. “

” Sanah helwah beautiful dariya.. semoga wajah dariya sentiasa menjadi sumber senyuman buat sekeliling.. “

” Happy birthdayy dariya .. I love u so much, you looks so adorable. semoga membesar dgn baik, cemerlang dunia dan akhirat.. “

” Happy birthday dariya comel moga jd ank solehah penyejuk hati mama n abah.. “

” Happy 1st birthday little princes Dariya @sariyanti Semoga berbahagia dunia akhirat. Aamiin.. “

” Anak2 bujang kak @sariyanti nie hensem2 belaka.. Btw, Happy birthday Dariya sayang.. Semoga membesar menjadi anak yg solehah.. Aminnn.. “

” Happy Birthday Princess β€œDariya” yang manis dan cantik. Semoga membesar menjadi anak yg solehah pd ibu bapa.. “

” Happy besday dariya inara.. semoga menjadi ank yg solehah… sejuk mata mandang.. “

Di bawah kami kongsikan dengan anda, beberapa lagi gambar sekitar sambutan Hari Lahir Dariya yang pertama yang dikongsikan oleh Sari Yanti di akaun Instagram miliknya :

Alahai Dariya, kenapa lah comel sangat ni ? Kami di Berita Kopak ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir yang pertama buat Dariya. Semoga Dariya membesar dengan sihat, menjadi anak yang solehah , taat kepada suruhan Allah, Rasulullah, Agama dan juga ibu bapa. Semoga berjaya di dunia dan akhirat. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sari Yanti by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, kami akan report c0pyright..