” Sapa GELAK kami tak mau kawan.. “

Video Ruhainies TIBA-TIBA Terselit Loghat Utara Ketika Membaca Berita Di Siaran Komuniti Awani, Ramai Yang kata COMEL Sangat !!!

Komuniti awani adalah sebuah siaran berita berkonsepkan pelbagai cerita kemanusiaan dalam setiap komuniti. Komuniti akan mendasari segenap denyot nadi orang ramai dengan memberi peluang kepada setiap pelosok negara bercerita apa sahaja yang berlaku di persekitaran mereka.

Apa yang menariknya siaran ini adalah kisah-kisah yang dikongsikan kepada Astro Awani akan disampaikan terus oleh artis-artis ternama tanah air di dalam program yang dikenali KOMUNITI AWANI ini. Tahun ini sahaja sudah banyak artis terkenal dipanggil seperti Misha Omar, Dato’ Siti Nurhaliza, Mark Adam dan ramai lagi.

Dan kali ini pelakon kecil molek Ruhainies telah dipanggil. Terbaru, Ruhainies telah memuat naik sebuah video di laman Instagram miliknya. Video tersebut adalah berkaitan dengan rakamannya bersama dengan Astro Awani sedang menyampaikan berita.

Apa yang menariknya di dalam video tersebut adalah apabila Ruhainies telah menyelitkan satu perkataan dengan loghat utara. Beliau telah menyebut perkataan ‘HANTAR’ dengan berbunyi ‘HANTAQ’. Sebutan itu agak pekat dan kurang pasti sama ada beliau sengaja atau tidak sengaja menyebut seperti itu. Namun ianya menghiburkan.

Di bawah ini adalah antara aksi Ruhainies yangΒ  diambil dari video tersebut :

Jom lihat aksi Ruhainies membaca berita di dalam video di bawah ini :

” Jangan terlepas untuk saksikan Anis baca berita di #KomunitiAWANI bermula malam ini, 7, 9 & 10 September pada jam 8.15 malam hanya di @501awani dan astroawani.com/live-tv. Sapa gelak kami takmau kawan.. “

Rata-rata pengikut Ruhainies di laman Instagram memuji kecomelan beliau membaca dan turut terhibur apabila terdengar lohgat utara yang terkeluar daripada mulutnya itu. Ini antara komen-komen mereka :

” Comferm kena tgk berita ni.. “

” Hantaqqqqq apa hampa.. “

” Mana ada org baca berita tgn gerak2.. cm nk ambk oder roti canai terbang 3.. “

” Hantaqqq , pekat nohhh.. “

” Comel lah dia baca berita terselit loghat utara dia ya.. “

” Hantaq tiba2 loghat utagha keluaqq hahahahaa comel laa ampa ni anies oii haha
Tak sangka boleh pemberita awani 501 syabas kak.. “

Tahniah Ruhainies kerana beranimengambil peluang menyertai penyampai berita di siaran Komuniti Awani. Kami di Berita Kopak mendoakan supaya Ruhainies terus maju jaya dalam kerjaya dan apa sahaja bidang yang diceburi. Amin.

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Ruhainies by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..