” Sangat syariah compliance and halal gap pre wedding video ni.. ” – Netizen
Video Pre Wedding Mira Filzah Dan Wan Emir Astar Yang Begitu Mempesonakan. Konsep Dan Bait-Bait Kata-Kata Tu Ikhlas Dari Hati Dan Menus0k Ke Jiwa. Sangat Menjaga Adab Dan Tata Susila, The Best Pre Wedding Video Ever !!
Mira Filzah dan Wan Emir Astar telah selamat diijabqabulkan semalam oleh bapa Mira sendiri, Badioezaman. Hanya dengan sekali lafaz, sahlah Mira sebagai isteri Emir. Wajah gembira dan syukur kedua mempelai atas kelancaran proses akad nikah mereka ini jelas terpancar di wajah masing-masing.
Mira yang cantik berseri mengenakan baju kurung Pahang tampil sopan sekali. Memilih busana yang berlainan gaya dan tema daripada kebiasaan kerana Mira ingin menampilkan gaya klasik dan di blend bersama rekaan pelamin mereka yang berunsur Islamik.
Oleh kerana Emir seorang arkitek dan sukakan seni bina Islam, Mira mengambil inisiatif untuk menggabungkan kegemaran suaminya ini untuk diabadikan di pelamin akad nikah mereka. Diiringi bacaan selawat ketika ketibaan pengantin perempuan memasuki dewan, ‘Mihraj Chinta’ pilihan Mira dan Emir ini tampak gah sekali.
Meninjau akaun Instagram TV3 Malaysia, telah dikongsikan satu video yang menunjukkan video pre wedding Mira dan Emir. Video ini ada ditayangkan setelah selesai akad nikah mereka. Apa yang menarik, walaupun singkat namun ungkapan Mira yang berbunyi ‘arah mana syurga’ itu sangat bermakna dan ianya adalah hashtag yang selalu Mira dan Emir gunakan di Instagram mereka sebelum ini. Wah romantis mencari arah ke syurga bersama-sama.
Jom tonton video di bawah :
Video yang begitu menyentuh hati dan sangat indah ditonton ini menarik perhatian peminat. Antara komen-komen mereka :
” The Best Men Win. Congrats Mira moga bahagia hingga ke syurga.. “
” Style la video Mira Emir ni. Hashtag tu yang mahal, sampai ke jiwa terus.. “
” Alhamdulillah sudah bergelar isteri. semoga bahagia sampai ke syurga.. “
” Till jannah with your love Mira.. “
” Tunjukkan aku mana arah syurga cehhh ni rupanya. sebb duk mana arah syurga . miraa sooo supr1sesssss congratessss much love love love.. “
” Alhamdulillah sangat syariah compliance and halal gap pre wedding video ni. InsyaAllah till Jannah.. “
” Kata2 yg membuat para lelaki bergelar suami tenang, arah mana syurga.. “
Nampak seri pengantin dan muka bahagia Mira dalam video ini. Bila diri sudah bertemu pembimbing untuk ke syurga Allah, itu yang Mira luahkan harapannya buat suami tercinta. Semoga Mira dan Emir sentiasa berkekalan dan bahagia hingga ke syurga firdausi. Aamin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Mira Filzah, IG TV3 Malaysia Official, IG Rekateemor, IG Wanemirafilzah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..