” Sangat memahami dan merasai, terharu baca caption Dato’ Siti.. ” – Ucapan Dato’ Siti Nurhaliza Sempena Hari Lahir Cucunya, Arif Jiwa Yang Ke 2 Buat Peminat Terharu !!

Anak kepada Asyraf Khalid dan selebriti kelahiran Indonesia yang kini menetap di Malaysia, Tya Arifin ini lahir pada 31 Mac 2017. Sehingga kini Arif mempunyai seramai 756 ribu pengikut di Instagram yang dikendalikan oleh ibu dan bapanya sendiri.

Cucu kepada penyanyi tersohor negara kita Datuk Seri Siti Nurhaliza ini juga pernah memenangi Si Cilik MeleTOP pada Anugerah MeleTOP Era 2018 (AME2018). Aksinya yang manja dan suka tersenyum membuatkan Ariff berjaya memikat hati ramai pengikutnya.

Menerusi akaun Instagram, Tya Ariffin mendedikasikan ucapan Selamat Hari Lahir yang kedua buat putera sulungnya. Baca perkongsian Tya di bawah :

” Terima kasih Jiwaku, kamu sudah mengisi hari menjadi warna, merubah duk4 menjadi suka, membuat lar4 menjadi tawa.. “

” Terima kasih Jiwaku, kamu sudah banyak mengajar Ibu, mengajar arti sabar, memahami gerak gerikmu, menjadikan sebuah pengalaman sangat berharga.. “

” Terima kasih Jiwaku, kamu sudah tumbuh menjadi anak yang sangat Ibu dan Ayah sayangi, cintai dan kasihi.. “

” Doa ibu, semoga dengan hadirmu di dunia, bisa merubah apapun menjadi lebih baik. menjadi anak yang sholeh, bis4 membawa orang tuamu ke syurga, Amin Ya Rabbal Allamin.. “

” Selamat Ulang Tahun yang ke-2 Belahan Jiwaku, Arif Jiwa @arifjiwaasyraf @jiwakukids . Dari Ibumu yang selalu dan akan selalu ada disampingmu.. “

Ramai sedia maklum selepas 11 tahun Dato’ Siti Nurhaliza menanti untuk bergelar ibu manakala Datuk Khalid menunggu selama 18 tahun bagi memperoleh cahaya mata perempuan, kelahiran Siti Aafiyah merupakan suatu anugerah terbesar buat mereka.

Menerusi akaun Instagram, Dato’ Siti mendedikasikan ucapan Selamat Hari Lahir buat cucunya, Arif Jiwa. Menurut Dato’ Siti, Arif sangat istimewa kerana melalui Arif, beliau dapat merasai naluri keibuan sebelum Aafiyah lahir. Perkongsian Dato’ Siti buat ramai yang sebak.

” Harini tarikh yang sangat istimewa buat permata hati @tyaarifinnw & @asyrafkhalid .. Sebenarnya , ikut perkiraan Doc.. Aafiyah lahir harini iaitu sama tarikh dengan @arifjiwaasyraf ..(Tapi aafiyah keluar awal).. “

” Arif istimewa buat Umi Ti kerana dari Arif Umi Ti dapat tumpang rasa naluri keibuan.. (sebelum aafiyah lahir) Umi Ti belajar banyak perkara dari Ibu Arif @tyaarifinnw .. “

” Doa Umi Ti Arif menjadi anak yg soleh, sentiasa hormat Ayah & Ibu serta berjaya dunia & akhirat … aamin ya rabb… Love u @arifjiwaasyraf #videomasaumitipregnant.. “

Rata-rata peminat sebak membaca ucapan Dato’ Siti. Antara komen-komen peminat :

” Humble nye @ctdk.. siap ckp bljr byk dr menantu.. stgh org susah nk ungkap bnda2 mcm ni.. “

” Ingat lagi video ni mmg best dulu tgk n kite tgk terkekek2 masa tu comel nye arif jiwa masa ni ger4m. Happy Birthday again arif ! Jadilah penjaga dan pelindung Aafiyah onty princess arif ye nak… “

” Sgt memahami n merasai… sblm mempunyai anak, sy selalu menjaga n rapat dgn anak buah sblm suami…. Naluri keibuan tu rasa bile dgn die.. i feel u tokti @ctdk.. “

” Ni lah video pertama yg buat saya suka sangat tengok arifjiwaa. semoga membesar menjadi orang yg soleh pelembut hati ibu dan ayah selalu. love you @arifjiwaasyraf.. “

” Happy Birthday Arif sayangg yg comel sgt tu… Terharu pula bc caption Dato Siti, hehe.. “

” Happy birthday si comel kesayangan Umi Ti. Awak jangan noti-noti ngan Aafiyaa tau.. “

” Happy birthday this cheeky boy. Aunty love you too, stay healthy and be a good boy.. “

Kami di Berita Kopak ingin mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran yang kedua buat Arif Jiwa. Semoga membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh yang taat kepada suruhan Allah, Rasulullah, agama dan juga kedua ibu bapa. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Tya Ariffin, Dato’ Siti Nurhaliza by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..