” Sak1t perut gelak, best laa korang,¬†friendship goal.. “

Video Nabila Huda, Jihan Muse, Sharifah Sakinah, Nad Zainal Dan Sherry Al-Hadad Menari Menarik Perhatian Netizen. Gaya Jihan Paling Comel !!

Persahabatan antara selebriti-selebriti ini dilihat begitu akrab sekali. Mereka ialah Nabila Huda, Sherry Al-Hadad, Nad Zainal, Sharifah Sakinah dan Jihan Muse. Mereka telah pergi bercuti bersama-sama tempoh hari di Bali, Indonesia.

Masing-masing meninggalkan anak dan juga suami kecuali Sherry yang masih bujang. Turut sama pergi bercuti bersama mereka empat orang lagi sahabat mereka. Gambar-gambar percutian mereka di Bali telah dimuatnaik di akaun media sosial masing-masing.

Mereka juga turut menyambut hari lahir Jihan ketika berada di Bali. Selain itu, keakraban mereka nampak begitu serasi kerana masing-masing mempunyai karakter yang boleh masuk antara satu sama lain. Barulah percutian berasa begitu bermakna jika mempunyai sahabat sebegitu.

Menerusi akaun Instagram Nabila Huda, beliau berkongsi satu video yang dirakam ketika mereka bercuti di Bali, Indonesia tempoh hari. Mereka menari dan menyanyi berlatarkan lagu Sheila Majid iaitu ‘Sinaran’. Masing-masing dengan pelbagai gaya tarian yang begitu menghiburkan.

Tonton video di bawah :

” Masalahnya Nak bercakap ke Nak bergaduh Kitaorg ni . Eh? Dengan sorang deg1l, sorang Nak bercakap, sorang dah standby camera,sorang Nak kena tukar Baju, sorang sak1t tekak, sorang pen4t.. Susah g1la Nak handle.. but we made it ! Haha! “

Rata-rata netizen terhibur melihat gelagat masing-masing. Ramai memuji persahabatan selebriti-selebriti ini. Antara komen-komen mereka :

” Muahahahahahaha so fun lah korang!! “

” S4k1t per0ttt gelakkk beshh laa koranggg frenship goal.. “

” Happeningnya.. Best la korang.. “

” Hahaha.. Lawak la korg.. Part paling win part turun tangga.. “

” Momen macam ni la akan plg rindu bila dh tua nanti.. “

” Masuk air ter0k.. Semua kepala gil42.. “

Inilah dinamakan percutian paling happening. Seronok betul bercuti sambil berhibur begini. Tambahan pula masing-masing sekepala dan boleh layan. Semoga ikatan persahabatan selebriti-selebriti ini berkekalan selamanya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Nabila Huda, Nad Zainal by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..