” Retis lain mana ada buat. Confirm jadi menantu kesayangan.. “

Aidil Aziz Kongsi Video Fasha Sandha Masak Nasi Goreng Sehari Selepas Kenduri, Curii Perhatian Ramai !!

Pelakon cantik jelita Nur Fasha Sandha Hassan atau lebih dikenali dengan panggilan Fasha Sandha dengan pelakon Aidil Aziz telah selamat diijabqabulkan pada hujung bulan Mac yang lalu. Pasangan selebriti ini difahamkan bernikah di Masjid di kampung halaman Fasha di Perlis. Majlis resepsi di sebelah keluarga Aidil telah diadakan semalam di Negeri Sembilan.

Fasha mengenakan busana baju kurung moden kontemporari lengkap dengan pelapik dada adaptasi dari busana tradisional negeri sembilan. Busana pengantin itu turut diserikan lagi dengan aksesori gandik dan cuc0k sanggul di kepala sebagai pelengkap gaya. Alahai cantiknya Fasha Sandha !!

Rata-rata ramai peminat yang memuji kecantikan Fasha yang bagaikan seperti seorang puteri raja. Aidil juga kelihatan sangat tampan dan berseri-seri menjadi raja sehari.

Menerusi akaun Instagram, Aidil dan Fasha telah diarak menaiki tandu pada majlis mereka semalam. Majlis yang meriah dengan suasana kampung ini adalah seperti yang diidam-idamkan oleh Fasha sendiri. Zaman sekarang, sudah jarang orang berarak seperti ini. Memang terbaik lah orang Negeri Sembilan !!

Tonton video di bawah :

” K A N D A R / T A N D U. Memang best moment ni.. “

Pagi ini, Aidil berkongsi video Fasha sedang memasak dan membuat sarapan nasi goreng.

Wahh untunglah Aidil dapat isteri yang cantik, pandai memasak pula tu.

Kelihatan juga ahli keluarga Aidil masih sedang berkemas selepas selesai majlis semalam. Meriahnya kenduri dalam suasana kampung ni !!

Jom tonton video yang dikongsikan oleh Aidil.

” Sarapan.. ” 

Rata-rata peminat kagum usaha Fasha yang pandai menyesuaikan diri dengan keluarga Aidil. Antara komen-komen peminat :

” 1st jd menantu, kena pndai masak, hehehe. xsdap xpe, tp kena tgk effort tu. gudjob fasha. sesunguhnyaa dpt suami org kg ni best.. “

” Confirm jadi menantu kesayangn.. “

” Tahniah. Berserinya muka pengantin. Touching melihatnya. Semoga rumahtangga yg baru dibina kekal hingga jannah dan dpt zuriat yg soleh dan solehah… “

” Ni baru real kenduri kawin…. klu buat kat hotel.. habis majlis ja, semua hilang, sedara mara hilang, kawan2 hilang.. “

” Wahhh… makngah masak nasi grg la, seronok tgk suasana majlis kt kg mcm nih…retis lain mna de buat.. “

” Kdg2 dpt pasangan org kg yg biasa2 ni lg meriah dgn kehidupan rutin yg biasa dgn sedara mara yg too friendly buat kita tidak kekok dan tidak perlu berprotokol bagai…happy for both @fashasandha & @itsaidilaziz.. “

” Rezeki Fasha… dapat family sebelah suami yg terima dia kan… berkat kesabaran dia.. benyakkan bersyukur yer dear fasha.. “

Sekali lagi kami di Berita Kopak i ngin mengucapkan selamat pengantin baru buat Fasha dan Aidil. Semoga dikurniakan rumahtangga sakinah mawaddah wa rahmah. Amin.

Sumber : IG Fasha Sandha by Berita Kopak & Content Media

Article ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..