” Rasanya tak perlu nak pertikaikan kot. Siapa yang cakap r0sak resepi tu bajet2 pandai la sangat. “

Eina Azman Kongsi Resepi Singgang Ikan Buat Ramai Netizen Terliur. Tapi Ada Juga Yang Pertikai !!

Datin Eina Azman atau nama sebenarnya, Ainur Syakina Azman merupakan isteri kepada Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah. Eina dan Kaiser berkahwin pada 31 Ogos 2014. Mereka dikurniakan sepasang kembar yang comel bernama Karl Kareef dan Arianna Aubrey.

Walaupun bergelar datin, Eina lebih suka menguruskan sendiri segala keperluan suami termasuk makanan, minuman dan pakaian diuruskan olehnya sebaik-baiknya. Selain daripada sering memuat naik detik indah bersama suami dan anak-anak dalam media sosial, beliau juga turut memuat naik resepi dan video masakannnya.

Sesiapa yang mengikuti instagram Eina semestinya kagum dengan kelebihan Eina yang pandai masak di samping menguruskan dua orang anak yang masih kecil. Eina juga tidak lokek untuk berkongsi video masakannya kepada umum.

Menerusi akaun instagram, Eina Azman memuatnaik video masakannya iaitu singgang ikan. Pernah dengar tak singgang ikan ? Singgang ni kebiasaannya tidak semua orang suka. Tapi mana tahu bila tengok video Eina Azman masak mesti anda terliur kan ? Boleh cuba, nampak mudah dan menyelerakan.

Jom tonton video di bawah :

” Alhamdullilah done cooking Ikan Singgang ni kalau makan dgn budu n petai mmg tambah 2 pinggan.. “

Rata-rata netizan memuji kebolehan Eina Azman memasak dan ramai yang ingin mencuba. Antara komen-komen netizen:

” Mesti sedap sebab ikan tu rebus dulu.. Isi rase masin2.. Masam.. Boleh try la lps ni.. Sebab before this masak cmpak2 cmtu je.. Isi ikan xmasin2 masam.. Nak try la “

” Masak ni 1 seni… yang menakjubkn..”

” Wah mcm menarik… Saya suke jenis masakkan mcm ni… nk cuba lah nanti… Tp saya orang perak  tak pnggil singgang tapi panggil gulai masam… Warna kuning … “

” Lain dari yg lain ni.. Kena cuba resepi ni “

” Letak nasi dalam mangkuk, letak budu sikit, kuah banjir.. sedapnya hirup “

Tetapi terdapat juga netizen yang mempersoalkan cara Eina memasak singgang ikan.

” Rasanya tak perlu nak pertikaikan kot negeri mana² setiap orang ada cara masing² kalau datin ikut cara ni so siapa nak try boleh try. masak ni mcm art kita boleh variasikan ikut cara kita sendiri. “

” Sape yg ckp rosak resepi tu ajet2 pandai la sgt. Ikut datin la nk letak apa asal ada asam keping lengkuas tu dh nama singgang.. yg bahan2 lain tu sukati dia la nk tambah. Mcm buat daging singgang klantan kan letak tempeh.. Bkn tekak korang pun nk mkn “

” Tak payah la tanya singgang negeri mana lah, kenapa letak tu lah ini lah, dah dia yg masak, ni singgang ikut citarasa dan cara dia la “

Memasak ini satu kesenian. Setiap orang tidak sama cara dan skill memasak. Yang penting hasilnya sedap dan ahli keluarga pun suka. Selamat berjaya kepada Eina. Teruskan berkongsi resepi masakan anda kepada semua. Abaikan kata-kata negatif yang diterima.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Eina Azman by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..