” Rafael’s reaction bila mommy and papa balik rumah.. “

Mawar Rashid Kongsi Video Re4ksi Anaknya, Raden Rafael Apabila Melihatnya Balik Ke Rumah Mencairkan Hati Netizen. Alahai, Comel Sangat !!

Raden Muhammad Rafael merupakan anak kepada pasangan selebriti Mawar Rashid dan Raden Ahmad Faizal Yaakob. Mawar merupakan seorang pelakon dan model manakala suaminya juga seorang pelakon serta adik kepada penyanyi dan cef selebriti terkenal, Fazley Yaakob.

Terdahulu, Mawar dan Faizal telah mengikat tali pertunangan pada 7 Julai 2017.  Mereka kemudian telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 9 November 2017. Pada 13 Mac 2019, Mawar telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki iaitu, Rafael.

Seperti selebriti lain, pasangan ini juga membuka akaun Instagram khas untuk anak mereka. Sehingga kini akaun Instagram Rafael menpunyai seramai 151 ribu orang pengikut. Gelagat dan telatah Rafael sering menjadi perhatian oleh pengikut-pengikut di akaun Instagramnya.

Menerusi akaun Instagram, Mawar memuatnaik videonya baru pulang ke rumah. Mawar berkongsi reaksi anaknya, Raden Muhammad Rafael apabila beliau balik. Raden kelihatan begitu gembira apabila melihat mommy nya. Alahai, comel sangat.

Tonton video di bawah :

” Rafael’s reaction bila mommy and papa balik rumah. Btw, Mommy nak cuci muka kaki tangan sebab baru balik dari laut kan. Petua org2 tua… “

Rata-rata netizen ger4m melihat kecomelan Raden Rafael. Antara komen-komen mereka :

” Eee ger4mmm lah tgk rafael ni muka mommmy ngattt.. “

” Alolololololo tomeynya dia npk muka momy .. “

” Dia mcm bg hrpn palsu dhni hahaha.. “

” Mawar Rashid junior ni.. “

” Knp hensem sgt tu.. “

” Muka sdih… x leh dukung.. “

Wah, nampak gembira sungguh Rafael bila nampak mommy. Rafael tidak sabar untuk didukung oleh mommy. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Raden Muhammad Rafael membesar dengan sihat dan bijak serta menjadi anak yang soleh di dunia dan juga di akhirat. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Raden Rafael by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..