” Prince Charming with Cinderella Malaysia.. “

Gambar-Gambar Sekitar Majlis Resepsi Farah Nabilah Dan Amirul Yunus Bertemakan ‘The Tzar’. Woww !! Memang Tak Terkata, Cantik Sangat..

Pelakon Farah Nabilah, 28,  baru-baru ini telah selamat menjadi isteri kepada Mohammed Amirul Yunus, iaitu seorang juruterbang pada 20 Disember 2019. Pada majlis pernikahan, Farah telah menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 dan wang hantaran serta tujuh berjumlah RM77,777.77 /

Majlis pernikahan tersebut dihadiri oleh ahli keluarga, rakan terdekat, rakan selebriti dan pihak media. Majlis yang bertemakan Melayu Klasik itu,  pasangan pengantin memakai busana putih rekaan fesyen terkenal Rizman Ruzaini dan solekan hasil tangan Khir Khalid.

Selepas selesai majlis pernikahan, pasangan ini turut dirai dengan upacara khatam Al-Quran dan malam berinai. Manakala pada minggu lepas 28 Disember 2019, pasangan ini juga telah mengadakan majlis resepsi untuk majlis sebelah pihak lelaki di Grand Dorsett, Subang. Majlis tersebut sangat menarik kerana bertemakan Bollywood.

Menerusi instagram, Farah telah berkongsi gambar-gambar sekitar majlis resepsi di sebelah pengantin perempuan.  Pasangan ini memilih majlis bertemakan ‘The Tzar’ iaitu gelaran maharaja bagi negara Serbia yang di uruskan oleh pereka majlis, Rekateemor . Sekitar majlis resepsi pasangan ini dilihat sangat cantik dan serba mewah.

Ikuti perkongsian Farah di bawah :

” F I N A L E #fawaaxamirul.. “

View this post on Instagram

F I N A L E #fawaaxamirul

A post shared by Farah Nabilah (@farahnabilahofficial) on

Rata-rata peminat memuji akan kecantikkan pasangan pengantin baru ini dan teruja  melihat gambar-gambar sekitar majlis resepsi itu. Antara komen-komen tersebut :

” Cantiknya.. You’re a real princess.. Congratulations.. ”

” Prince Charming with Cinderella Malaysia.. “

” So cantik and handsome laaaa.. “

” Cantiq , im speechless.. too gorgeous… Wedding of the Year.. “

” Sama cantik sama sepadan.. “

” Woww majlis hebatnya.. “

Kami di Berita Kopak ingin kongsikan dengan anda beberapa lagi gambar yang dikongsikan oleh Farah di Instagram miliknya :

Woww !! Cantik sangat-sangat. Sekali tengok Farah dah macam Cinderella. Kelihatan pasangan ini cantik bagai pinang dibel4h dua. Apa-apa pun, Kami dari Berita Kopak dengan ini mengambil kesempatan mengucapkan selamat pengantin baru buat Farah Nabilah serta pasangannya, Amirul Yunus. Semoga ikatan yang dibina ini kekal hingga ke akhir hayat. Amin.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Farah Nabilah, Rekateemor by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..