” Pesen apa Barr pegang pensel tu. Macam unik jer.. “

Sari Yanti Kongsi Video Jep Sepahtu Sedang Mengajar Barr Al Aliy, Namun Cara Barr Menulis Jadi Tumpuan. Pelik Sangat Gaya Ni !!

Pelakon kecik molek berwajah cantik menawan Sari Yanti bukanlah nama baru di arena seni hiburan. Sari yang sudah bergiat aktif di dalam lakonan sejak tahun 2007 lagi sememangnya disayangi peminat. Mula dikenali menerusi sitkom Kisah Kaisara, wajah si cantik ini berjaya mencuri perhatian ramai.

Bertubuh kecil tak ubah seperti anak remaja, Sari sentiasa kelihatan muda. Perkahwinannya yang terdahulu bersama Mohd Eddy Casmady Che Hussein memberikannya dua orang anak lelaki dinamakan Barr Al-Aliy dan Baasit Al-Haq.

Ikatan perkahwinan ini terler4i setelah 5 tahun hidup bersama. Setelah itu, Sari bertemu jodoh dengan pelawak Jep Sepahtu dan mereka dikurniakan seorang cahayamata perempuan bernama Dariya Inara. Baik Barr mahupun Baasit kedua-duanya amat rapat dengan Jep dan adik mereka Dariya.

Menerusi akaun Instagram, Sari Yanti telah berkongsikan satu video tanpa suara yang mana kelihatan Jep Sepahtu sedang mengajar anaknya Barr Al Aliy membuat kerja sekolah. Namun apa yang menjadi perhatian adalah cara Barr memegang pensil yang kelihatan unik sekali.

Jom tonton video di bawah :

” Sesi mengajar dan belajar sebelum sesi FIFA.. I love you both @jepsepahtu and Barr Al Aliy.. “

Rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian ini. Antara komen-komen netizen :

” Pesen apa Barr pegang pensel tu. Macam unik jer.. “

” Pesen kak sari juga, kak sari pun pegang pensel macam tu juga but the handwriting not b4d.. “

” Cara pegang pensil lain macam hahhaha.. “

” Suka tengok cara bar pegang pencil.. “

” Terbaik.. Stail cara Barr pegang pensil.. “

” Stylo la Barr Al Aliy pegang pensil.. “

” Lain macam cara Barr pegang pensil nak menulis tu.. “

Lain orang lain gaya menulisnya. Tapi memang unik betul cara Barr pegang pensil tu. Satu dalam sejuta mungkin. Apa pun itu bukan masalah janji tuannya selesa menulis. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Barr akan menjadi seorang anak yang berguna kepada kedua ibubapa dan masyarakat.. Aamin

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sari Yanti by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK/ CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..