” Pesanan Ini Adalah Kepada Bekas Keluarga Mertua, Kepada Bekas Suami, Kepada Orang Ketiga Dan Kepada Wanita Yang Senasib Dengan Saya… “

Tidak semua isteri itu merasakan kebahagiaan dalam hidup berumahtangga. Selalu kita mendengar dan membaca tentang nasib kurang baik wanita selepas mereka berkahwin. Begitu juga denga luahan seorang wanita ini yang telah menceritakan kisahnya yang mengh4rukan selepas berumahtangga.

Assalam Admin..Mohon hidekan fb saya..

Saya selalu membaca luahan tentang kisah2 rumahtangga. tujuan cuma satu, mencari kekuatan untuk diri sendiri. Kata ahli Faqih, untuk merasa lebih bersyukur apa yg ditakdirkan Allah. Jengok nasib orang yang lebih tidak bernasib baik daripada kita..

Saya tidak ketinggalan seperti kalian..rumahtangga yg dibina hanya bertahan setahun sahaja. Allah menghantar dugaan rumahtangga kepada saya melalui dia dan org ke3 ..sakit..pedih..luluh..kecewa..semua saya rasa seperti yang kalian rasa.


Gambar Sekadar Hiasan

Untuk bekas keluarga mertua..

T.kasih kerana terima dan sayang saya daripada awl perhubungan sehingga sekarang..insyaAllah hingga Jannah. Tkasih krn selalu ada ketika saya perlukan semangat. Tksh krn tidak jemu bagi telinga dan bahu ketika saya perlukan sokongan. T.kasih ma abah kakak dan adik2..Kamu semua dalam hati saya..

Untuk bekas suami..

Walaupun hanya 1 tahun sempat jadi isteri awak tetapi harap awk xlupa yg kita sudah 7 tahun ikat perjanjian. Moga awak xlupa yang hubungan kita bermula drpd tiada apa2. Kita sama2 usaha. Kita sama2 bg semangat antara satu sama lain. Alhamdulillah sekarang awak sudah punya segala..sehingga awak lupa siapa yang berada dibelakang awak semasa awak zero. Lelaki mula teruji bila dia sudah punya segala..hari ini..saya mengiayakan kata2 itu. Tapi xmengapa awak sudah berjaya dan saya berpuas hati..

Utk orang ke3..

Kita sama, awak ppuan, saya juga ppuan, fitrah dan naluri nya sama. Yang beza adalah AKHLAK. T.Kasih kerana hantar orang cari saya sampai office. Terima kasih kerana call n text maki hamun saya..terima kasih juga krn fitnah saya..Dan saya minta maaf banyak2 kerana saya tidak pernah reply walaupun sepatah. Terima Kasih juga kerana bermuka tembok..tetap selamba walaupun jelas dibenci oleh family dan saudara mara pihak lelaki..Mohon jaga maruah kamu.


Gambar Sekadar Hiasan

Saya doakan kalian selamat berumahtangga seperti yang dirancangkan walaupun tanpa restu keluarga..semoga kalian bahagia diatas derit4 titisan airmata saya..

Utk saya dan wanita senasib..

Jom reset pemikiran, mula2 susah untuk redha menyusul..tapi mula dengan paksa diri..istiqamah dan insyaAllah redha..saya juga begitu. Apa yang didunia bukan selamanya milik kita..Allah yang bagi dan Allah boleh tarik balik. Pandang positif setiap ujian dan tilik diri kita biarpun penyebabnya bukan dari kita..ada sebab kenapa kita yg dipilih.


Gambar Sekadar Hiasan

Jangan kita kotorkan hati dengan meletakkan nama itu kerana berdendam dgn segala perbuatanya..melalui ujianNya,boleh jadi Allah ingin sucikan diri kita krn dosa2 yang lepas ataupun Allah ingin naikkan darjat kita disisiNya..Di Dunia nama kita jadi cemuhan..dilangit nama kita jadi sebutan. TQ siarkan, perkongsian ini adalah untuk memberi semangat kepada yang senasib..

Terima Kasih kerana Membaca. Silakan Share Dan Semoga Bermanfaat

Disediakan dan Disusun oleh Berita Kopak / Content Media

Sumber : KRT