Persimpangan Di Jepun Ini Dikatakan Paling Sibuk Di Dunia. Tidak Kurang Dari 2 Juta Orang Menyeberanginya Setiap Hari!

Melancong dan bercuti di negara Jepun tidak sah jika anda tidak pergi ke sebuah tempat bernama Shibuya Crossing. Di sini, anda akan temui persimpangan yang mempunyai lima cabang. Cubalah pengalaman anda merasai bagaimana melintas jalan melalui laluan pejalan kaki yang paling sibuk di dunia ini.

Kawasan ini yang berada di ibukota Jepun, Tokyo merupakan kawasan yang popular dan dikunjungi oleh ramai orang kerana terdapat berbagai perniagaaan yang menjadi tumpuan ramai.

Bayangkan anda menyebarang jalan bersama ribuan orang dalam satu masa. Tidak hairanlah ramai pengunjung yang berhenti seketika untuk mengambil gambar untuk dijadikan kenangan apabila menyebarangi jalan melalui persimpangan ini.

Shibuya Crossing dikenali sebagai simpang pejalan kaki yang paling sibuk bukan sahaja di Jepun, malahan di dunia. Dikatakan setiap 3 minit, 2,500 orang menyeberangi jalan yang mempunyai 4 corner ini.  Dan dalam satu hari tidak kurang 2 juta orang yang melalui persimpangan ini!

Kawasan Shibuya Crossing ini adalah kawasan membeli-bel4h yang paling popular di jepun. Terdapat banyak Mall yang terkenal dan besar berada di sekitar sini. Dan di sini juga ada patung anjing Hachiko yang kisahnya sangat terkenal di seluruh dunia.

Di sini juga ada sebuah stesen keretapi yang dikatakan paling sibuk di Jepun. Tidak hairanlah setiap masa dilihat ribuan orang akan berjalan-jalan di kawasan ini.

Pemandangan dari atas persimpangan Shibuya. Macam semut melihatnya

Pemandangan yang menarik apabila hujan apabila orang ramai membuka payung

Beribu orang bersedia untuk menyeberang jalan yang hanya memberi masa 90 saat setiap kali lampu hijau menyala

Pemandangan yang sangat menarik apabila waktu malam yang diterangi dengan lampu berwarna-warni dan layar besar

Jadi, jika anda bercuti ke negara matahari terbit itu, jangan lepaskan peluang untuk merasai pengalaman menyeberangi di jalan ini. Dijamin ianya pengalaman yang tidak dilupakan sepanjang hidup anda.

Saksikan VIDEO menarik pemandangan persimpangan Shibuya di Bawah Ini

Terima Kasih kerana Membaca. Silakan SHARE ya!

Disediakan Dan Disusun Oleh Berita Kopak / Content Media

Sumber : Youtube