Persembahan Kumpulan NAMA Yang Manis Berhijab Sekali Lagi Memukau Penonton & Juri Di Semi Final Asia’s Got Talent !!

Rancangan Asia’s Got Talent kembali lagi bersiaran untuk tahun 2019 ini bermula pada 7 Februari yang lalu. Program realiti ini bertujuan untuk mencari dan¬†mengetengahkan bakat yang terpendam dan kebolehan seseorang berdasarkan siri francais Got Talent yang sangat popular dan disiarkan di AXN Asia.

Pelbagai bakat-bakat yang dipertandingkan dari 15 negara dari seluruh rantau Asia dan hadiah sebanyak 100,000 USD akan dipertaruhkan kepada pemenang utama.

Rancangan ini masih mengekalkan 2 pengacara dari musim sebelum ini iaitu Alan Wong dan Justin Bratton dan juga David Foster, Anggun, dan Jay Park yang turut kembali sebagai juri profesional pada musim baru ini.

Kini Asia’s Got Talent sudah memasuki peringkat semi final yang ditayangkan kepada penonton. Masih ingatkah anda peserta daripada Malaysia yang menggunakan gelaran sabagai Kumpulan NAMA. Untuk pengetahuan kumpulan NAMA dianggotai oleh Fazlina, Syamimi, Fara dan Fazira.

Kumpulan Nama di peringkat Audition.

Apa yang menariknya, anggota kumpulan NAMA memakai hijab dan tampil selesa membuat persembahan di atas pentas semi final dan kali ini mereka mengenakan pakaian berwarna dan 4 color hijab yang berbeza setiap seorang.

Nyanyian mereka yang harmoni dan persembahan tarian yang menarik itu pada peringkat semi final ini sekali lagi memukau ramai penonton yang terpegun dan mereka memberikan standing ovation selepas selesai membuat persembahan.

Jika semasa peringkat Audition David kurang berpuas hati dengan persembahan mereka berbanding dengan Anggun dan Jay Park yang menyukai mereka. Tapi kali ini David mengatakan persembahan mereka ada peningkatan dan lebih baik daripada sebelumnya.

Rata-rata netizen juga turut kagum dengan persembahan kumpulan NAMA. Antara komen-komen netizen :

” Even if Malaysia is a Muslim country, they treat their women with respect. Malaysia showed other Muslim countries how it is done when it comes to equality.. “

” Yey! guess what? 2 team of malaysia will go to the final asia got talent!! I am so proud of you girl! keep it up! goodluck nama ft yashwin for the final. ayuh malaysiaku !! “

” I see this performance live in that hall. so beautiful performance.. audience cant wait for this performance actually… Good luck NAMA.. “

” That was good much better than the first time i’ve heard them. I hope to see the BANG!!!! In the finals! “

” Alhamdulillah, Syukur sangat.. Semoga berjaya dan berjaya lagi. always support you girls.. from malaysia.. “

” Hijabis singer maybe common in Malaysia and southeast Asia but for people outside thinks this is something new for them. Keep it up girls. Make Malaysia proud.. “

All the best untuk kumpulan NAMA. Semoga berjaya menjadi juara Asia’s Got Talent untuk musim kali ini.

Sila tonton video penuh di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : Youtube Asia’s Got Talent, IG Nama The Music by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan