Pernahkan Anda Fikirkan Apakah Fungsi Lekukan Kecil Di Bawah Hidung Kita Ini?

Kelihatan Tiada apa-Apa Tetapi Fungsinya Penting Sekali!

Semua bahagian yang berada pada tubuh manusia itu mempunyai fungsinya yang tersendiri. Kadang-kadang kita tidak pernah memikirkan funsi setiap bahagian pada tub0h kita. Ini kerana kita menganggapnya hanya sebagai pelengkap sahaja.

Tetapi percayalah, tuhan telah menjadikan setiap benda itu mempunyai tugas dan fungsinya masing-masing. Itulah Kebesaran Ilhai yang tiada tandingannya.Dia menjadikan sekecil-kecil sehingga sebesar-besarnya kejadian dengan matlamat dan tujuannya.

Salah satu bahagian pada tub0h kita yang mungkin tidak pernah kita fikirkan fungsinya adalah lekukan di bahagian bawah hidung kita. Tanyalah kebanyakkan orang, pasti ramai yang tidak dapat menjawab apa fungsinya.

Bahagian yang berlekuk yang bersambung dari hidung ke bahagian atas bibir kita itu adalah filtrum. filtrum adalah lekukan vertikal yang berada di antra hidung dan bibir kita. Setiap orang mempunyai filtrum tetapi ramai yang tidak tahu apakah fungsi sebenarnya.

Menurut ilmu perubatan, filtrum berfungsi membawa wap air dari bahagian mulut ke bahagian bawah hidung supaya hidung tetap basah. Ianya juga menjaga senyuman kita supaya senantiasa indah dan menarik.

Anda boleh membayangkan jika senyuman kita tanpa lekukan tersebut. Senyuman anda akan tawar dan tidak menarik bukan?

seorang ilmuwan terkenal bernama Dr Michael Moslet menerangkan bahawa proses pembentuikan muika manusia bermula ketika kand0ngan berumur dua bulan. Dan Filtrum adalah titik di mana semua bahagian pada muka berkumpul. Dari titik itulah semua bahagian akan berkembang ke tiga bahagian utama muka iaitu mata, hidung dan seterusnya bibir.

Proses pembentukan muka yang disebar dari filtrum yang tidak sempurna akan menyebabkan berlaku banyak kelainan, seperti muka yang tidak tepatn ataupun bibir sumb1ng ketika bayi dilahirkan.

Begitulah pentingnya fungsi lekukan tersebut walaupun dilihat secara mata kasar seperti tiada apa-apa. Jadi, hargailah dan bersyukurlah dengan segala nikmat yang diberikan kepada kita walaupun sekecil-kecil nikmat sekalipun.

Terima Kasih kerana Membaca. Silakan SHARE Ya!

Disediakan Oleh Berita Kopak / Content Media