” Perlu ke buat suara macam tu macam ged1k-ged1k pulak.. “

Video Zulin Aziz Buat Tutorial Masak Nasi Tomato Tapi Ada Pula Netizen Yang Tak Puas Hati Dengan Suaranya. Dah Kenapa ? Sy0k Je Dengar, Merdu Lagi !!

Kalau disebut Farah Azleenda binti Abdul Aziz pasti tiada siapa yang mengenalinya, namun jika disebut Zulin Aziz pasti semua tahu pemilik nama ini. Menggunakan nama Zulin Aziz sebagai nama komersilnya, beliau dilahirkan pada 9 Mei 1990 di Kuala Lumpur.

Zulin merupakan seorang pelakon, pengacara, penyanyi, penyampai radio dan pelawak. Sejarah pembabitan Zulin ke dalam arena seni hiburan bermula pada tahun 2009 apabila beliau mencuba nasib di dalam rancangan realiti TV, Pilih Kasih musim pertama anjuran Datuk Rosyam Nor.

Drama Begitukah Cinta adalah drama pertama lakonannya bergandingan bersama aktor Nazim Othman. Tidak hanya tertumpu kepada drama sahaja, Zulin juga membuat penampilan di layar lebar menerusi filem Remb4t, Bo-Peng dan Minah Moto. Zulin juga pernah bergelar penyampai radio Suria FM pada Julai 2016 sebelum menamatkan kontraknya pada Jun 2018.

Menerusi akaun Instagram, Zulin Aziz telah berkongsikan satu video rakaman di mana beliau membuat tutorial memasak nasi tomato. Suaranya bercerita bahan-bahan dan langkah penyediaan makanan itu membuatkan netizen tertarik. Suara memang tak kalah la. Macam Dato Siti Nurhaliza pun ye.

Jom tonton video di bawah :

Rata-rata netizen memuji suara Zulin yang lunak itu. Antara komen-komen netizen :

” Rasa macam dalam kapal terbang.. Flight attendance bagi announcement versi memasak.. “

” Ad0hhhh soothingnye voice kak.. “

” Suara sedap hihi.. “

” Betul ke bidadari di bumi pandai masak.. “

” Zulin ni dahla cantik, pandai masak, pandai buat lawak. Haishhh, saya jerang air mujur tak ker1ng pun kira baik dah.. “

Namun ada juga yang kurang senang dengan cara penyampaian Zulin ini :

Ishhh netizen ni, ada sahaja yang tak puas hati dan ditegurnya. Admin dengar suara pun dah menarik, apatah lagi tengok gaya Zulin memasak tu. Super perfect la Zulin. Dari kenyang terus jadi lapar. Tengok part last tu sedapnya kawan Zulin makan fuh.

Apa pun, kami di Berita Kopak mengucapkan selamat maju jaya buat Zulin dan semoga berbahagia selalu bersama insan tersayang. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Zulin Aziz by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK/ CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..