” Pergi jangan tak pergi, bukan senang dapat jemputan ke Istana.. “

Anak Tomok Menerima Jemputan Dari Permaisuri Agong Ke Istana Negara. Tak Sangka Ini Sebabnya. Wahhhh.. Beruntungnya Arrian dan Andra !!

Shah Indrawan Ismail atau juga dikenali sebagai Tomok adalah seorang penyanyi di negara ini. Penyanyi kelahiran Kuala Lumpur ini mula bertapak dalam Industri Muzik Tanah Air pada tahun 1999 dengan penampilannya sebagai penyanyi kumpulan New Boyz.

Menjadi bonus kepada Tomok apabila namanya kembali menjadi sebutan selepas menjuarai One In A Million (OIAM) musim ketiga sekali gus meraih RM1 juta pada 1 Mei 2009. Penyertaan Tomok dalam musim ke-3 OIAM menjadi liputan meluas penggemar muzik tempatan.

Tomok telah pun mendirikan rumahtangganya dengan Rahayu Abas. Hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan 2 orang anak lelaki iaitu Arrian Shah Akid dan Andra Shah Iman. Kedua-dua anaknya ini sangat comel dan bijak mawarisi ayah dan ibu mereka.

Terbaru, Tomok telah memuat naik satu posting di laman Instagram miliknya. Posting tersebut mengandungi screenshot daripada seorang yang bernama Saiful Hazmie telah memberitahu kepada isteri Tomok sesuatu yang amat menggembirakan.

Isteri Tomok iaitu Siti Rahayu Abas telah diberitahu mengenai Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong  Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menjemput anak-anaknya ke Istana Negara.

Terdahulu, anak Tomok Arrian dan Andra telah mengucapkan selamat ulangtahun keputeraan Agong dengan menyanyikan lagu ‘ selamat hari lahir ‘ dalam versi Bahasa Inggeris. Video tersebut telah menarik perhatian Permaisuri Agung dan ingin mengenali siapakah dua kanak-kanak yang comel itu.

Di bawah ini adalah Screenshot yang dikongsikan oleh Tomok. Pastinya hari ini hari paling gembira buat Tomok sekeluarga.

Di bawah ini pula sedutan video tersebut :

” Ampun Tuanku.. “

” Happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to Agong.. “

Rahayu : ” Tahu ke Agong tu apa ? “

Arrian : ” Agong tu dia jadi Raja.. “

Ini adalah posting Tomok yang dimuat naik beliau di laman Instagram.

Sila KLIK butang kanan > untuk menonton video yang mencur1 perhatian Permaisuri Agong itu :

” Ini betul-betul ke cobaan ? jemputan dari TUANKU AGONG untuk anak-anak saya ke istana negara.. “

Rata-rata netizen mengucapkan syukur dan menyatakan Tomok, isteri dan anak-anaknya sangat beruntung. Ini komen-komen mereka :

” Wahh. Beruntungnya Arrian dan Andra.. “

” Alhamduliillah tu mmg dari acc rasmi Tuanku Permaisuri kalau x salah.. “

” Alhamdulillah, arrian & andra, nnt pakai cantik2 tau, post pic kt sini aunty nk tgk, ank2 cerdik yg segak ni.. “

” Wow aryan n andra get invite from tuanku permaisuri agong.. “

” Cute, rezeki tu tomok.. “

” Wah.. Rezeki anak2.. Alhamdulillah.. “

” Aah mmg acc tuanku. Menurut Perintah cpt hehe @tomokofficial.. “

” Pergi.. Jangan tak pergi.. Bukan senang dapat jemputan tu.. “

” Arrian & Andra bertuah sangat dapat jemputan dari Istana Negara. Permaisuri suka kanak2 comel dan petah ni.. “

” I am sooo happy for Dibu!!! Even the Queen recognises good parenting MashaAllah.. “

Alhamdulillah syukur, sememangnya sangat bertuah Arrian dan Andra dapat bertemu Tuanku Permaisuri Agong dan dapat masuk ke Istana Negara.  Kami di Berita Kopak mendoakan Arrian dan Andra membesar dengan sihat dan berjaya di dunia dan di akhirat. Amin.

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Tomok, Istana Negara by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..