” Perghh, sampai c1um Twin Tower tu, memang rindu sangat tu.. ” – Netizen

Maryam You Narae Kongsi Rasa Rindu Terhadap Malaysia. Namun Kapsyen Yang Ditulisnya Buat Netizen Terhibur. Part Komen Daripada Suaminya Pula Jadi Perhatian Ramai. Wahh, Saling Menyakat Nampak, Sweet Sangat !!

Keletah pasangan suami isteri, Nik Muhammad Ryzal dan isterinya dari Korea, Maryam You Narae terus menjadi perhatian umum. Masing-masing yang berusia 28 tahun semakin hari, semakin popular di media sosial berikutan aksi bersahaja dan lucu Maryam setiap kali bercakap dalam bahasa Melayu.

Maryam dan Ryzal telah mendirikan rumahtangga pada bulan Ogos tahun lalu. Maryam sangat gemar berinteraksi dengan peminatnya di media sosial dalam bahasa Melayu. Beliau  juga seringkali berkongsi cara dan resepi masakan dari negaranya.

Di samping berkongsi masakan, Maryam juga mempunyai hobi yang gemar menyanyi. Beliau suka menyanyikan lagu bahasa Melayu dan seringkali berkongsikan video nyanyian di laman Instagram miliknya dan juga di laman Instagram Durian Kimchi. Video yang dikongsikan pasti mendapat perhatian ramai.

Terbaru, Maryam telah memuatnaik sebuah posting bergambar di laman Instagram miliknya. Gambar tersebut memaparkan dirinya seolah-olah meletakkan bibir di Menara Berkembar Petronas KLCC. Menurut Maryam, dia sangat merindui Malaysia dan bertanyakan bila boleh datang ke Malaysia.

Di bawah ini adalah posting yang dikongsikan oleh Maryam :

Perkongsian Maryam ini membuatkan ramai yang terhibur, terutamanya bila membaca kapsyen Maryam yang menulis ‘ rindu sangat g1la’ . Mereka turut membetulkan ayat Maryam. Ini antara komen-komen mereka :

” Cute sweet korang berdua ni, saling menyakat.. “

” Comel je rindu sangat g1la kes1an rindu tu, rindu sangat g1la pun boleh Maryam betul-betul rindu tu.. “

” Bukan sangat g1la tapi g1la sangat, sampai c1um twin tower, memang rindu sangat tu .. “

” Perghhh dah la sangat, ada g1la pula tuu, rindu betul awak kat malaysia ni.. “

” Rindu g1la or  rindu sangat, This word already show that u miss so much,  But its okay, It cute to say rindu sangat g1la, Even the word kind of wrong.. “

Apa yang menarik lagi apabila suami Maryam, Ryzal Ibrahim menjawab pertanyaan isterinya itu di ruang komen pada posting Maryam  sangat mencuit hati netizen. Ini adalah screensh0t komen daripada Ryzal.

Alahai memang sweet sangat pasangan ini kan. Ryzal yang suka menyakat isterinya itu kelihatan sangat menghiburkan. Ditambah pula dengan Isterinya yang kelakar menjadikan mereka pasangan suami isteri yang serasi. Apa-apa pun semoga hubungan mereka berkekalan dan berada dalam rahmat Allah selalu. Amin..

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Maryam Younarae, Ryzal Ibrahim

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..