” Perangai sungguh, rasa nak tamp4r. Ger4mnya, Hahaha.. “

Video Nabila Huda Tukar Imej Jadi Mat Salleh Celup ‘Bella Hud’ Buat Netizen Ketawa Berdekah. Lawak Sungguh Lah, Lagi-Lagi Part Your Husband. Mengada Eh !!!

Siapa tidak kenal pelakon hebat Nabila Huda. Beliau yang mesra disapa dengan panggilan Abil merupakan anak kepada lagenda rock negara Amy Search. Abil adalah seorang pelakon, hos dan juga model. Dilahirkan pada 2 Disember 1984, Abil adalah anak sulung hasil perkahwinan Amy Search dan Faridah Fadzil.

Bakat Abil bermula sejak tahun 2001 ketika Abil sedang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ). Lakonannya yang hebat mewarnai banyak filem antaranya Juv4na, Munaf1k, Rock dan B0hsia: Jangan Pilih Jalan Hitam.

Abil pernah mengahwini Zaidi Zailani pada tahun 2008 namun sayangnya jodoh mereka tidak panjang. Ikatan perkahwinan ini memberikan Abil seorang cahayamata bernama Kesha Laila. Setelah hampir 4 tahun hidup bersendiri, Abil akhirnya mengakhiri zaman jandanya dengan menikahi jejaka pilihan bernama Mohd Izwan Johar.

Menerusi akaun Instagram, Nabila Huda telah berkongsikan satu video di mana kelihatan beliau sedang menggayakan lagak percakapan ala-ala mat salleh celup yang membuatkan peminat ketawa besar. Apa yang tambah melucukan apabila beliau menggelarkan dirinya itu sebagai Bella Hud. Mak aii slang dia memang tergeliat lidah!

Jom tonton video di bawah :

” Masalahnya kenapa masa Cakap “husband” tu bunyi macam, Aku Nak ramp4s husband korang Eh? Hahaha! Guys, tu ya pesanan our international actress “Bella Hud”.. Jangan lupa 6 February ni film #m4m4 ! Actually Bella Hud ni Malaysian. Tapi dah stay luar negara few years, dah ubah sikit here and there kat muka, cakap pun dah tergel1at lidah sikit.. “

Rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian ini. Antara komen-komen netizen :

” Creative betul.. Ada-ada je idea abil… Caya lah!.. “

” Haha.. Jah4tttt g1laa muka tu !.. “

” Tang husband tu yang tak boleh tahan.. “

” Bella hud woww amazing g0rgeous sister.. “

” Hahahah perangai sungguh!! Rasa nk tamp4r ger4mnya.. “

” Adoii laa… Pec4h perut gelak.. “

Kalau dah namanya Abil bila masa tak pernah tak lawak. Ada sahaja bahan yang dilawakkan oleh si cantik ini. Walaupun jenakanya bersahaja namun sudah cukup membuatkan peminat tak kering gusi ketawa. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat maju jaya buat Abil dan semoga bakal filem ” mama ” akan menjadi filem pecah panggung… Aamin

Silakan SHARE..

Sumber : IG Nabila Huda by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..