Penjaga Kantin Ini Melakukan Cara Yang Unik Untuk Memberi Motivasi Kepada Anak-Anak Murid Di Sekolah Tempatnya Bekerja

Sebagai orang dewasa kita seharusnya senantiasa memberikan semangat dan motivasi kepada kanak-kanak supaya menjadi orang yang berjaya. Untuk itu lakukanlah pelbagai cara yang difikirkan boleh membantu menaikkan semnagat anak-anak kita ataupun kanak-kanak yang sedang membesar.

Ini kerana motivasi adalah perkara yang perlu diberikan kepada kanak-kanak yang masih kecil supaya perkembangan mereka sentiasa diikuti dengan pemikiran yang p0sit1f dan sentiasa bersemangat untuk menjadi orang yang berjaya.

Begitulah yang dilakukan oleh seorang penjaga kantin di sebuah sekolah rendah di Virginia Beach, Amerika Syarikat ini. Dia ingin memberikan motivasi kepada anak-anak murid di sekolah tersebut supaya menjadi anak murid yang sentiasa bersikap pos1tif dengan cara yang unik sekali.

Dipetik dari F0x News, penjaga kafetaria di sekolah yang bernama Stacey Truman ini telah menulis kata-kata motivasi pada setiap pisang yang akan diberikan kepada anak-anak murid si sekolah tersebut. Truman yang telah bekerja selama sembilan tahun menamakan cara tersebut sebagai ‘talking bannanas’.

Sebenarnya, kaedah ini juga digunakan oleh Trumanuntuk anak-anaknya di rumah. Selapas dia melihat kesan baik yang diberikan oleh anknya, dia berfikir apa salahnya jika dia melakukan idea itu di sekolah tempatnya bekerja.

Tulisan-tulisan motivasi seperti “Never Give Up”, “Keep Tryng”, “G0d Bless You” dan lain-lain telah ditulis pada kulit pisang. Apa yang dilakukan oleh Truman itu bukan sahaja telah menjadi perhatian di sekolah tempatnya bekerja tetapi juga telah menjadi vir4l di media sosial.

Guru Besar sekolah tersebut, Sharon Shewbridge telah memuatnaik gambar pisang-pisang bertulis pesanan motivasi yang disediakan oleh Truman di Twitternya @ DrShewbridge dan mendapat perhatian dari ramai netizen. Pada muatnaik tersebut dia menulis kapsyen “words of inspiration from our cafeteria manager for our students…”.

Begitulah acara cara atau kaedah yang dilakukan untuk memberikan motovasi kepada kanak-kanak. Ini kerana kanak-kanak pasti akan tertarik melihat sesuatu yang unik yang tidak pernah dilihatnya.

Dan secara semulajadi, 0tak kanak-kanak pasti akan mengingati apa yang dilihatnya itu sehinggalah dia membesar menjadi orang dewasa. Semoga apa yang dilihatnya itu menjadi pesanan yang baik dan memberikan dia semangat dan motivasi untuk menjadi orang yang berjaya.

Terima Kasih kerana Membaca. Silakan SHARE Ya!

Terjemahan dan Disediakan oleh Berita Kopak / Content Media

Sumber : Twitter Sharon Shewbridge / F0x News