Pengkaji Ini Menunjukkan 5 Jenis Haiwan Aneh Yang Pertama Kali Ditemui Oleh Manusia. Ada Antaranya Mirip Seperti Manusia

Di dalam dunia ini sebenarnya masih banyak lagi haiwan yang tidak kita temui dan tidak pernah kita lihat. Ini kerana masih ada lagi tempat di dalam dunia ini masih tidak dicapai oleh manusia. Di samping itu juga ada haiwan yang hanya hidup di dasar laut dalam dan sukar untuk dilihat melainkan menggunakan teknologi yang lebih canggih.

Ramai pengkaji yang cuba mencari haiwan-haiwan aneh yang sebelum ini mendiami pelbagai tempat dan tidak pernah dilihat oleh manusia. Mereka akan pergi ke mana-mana tempat yang berlemungkinan menjadi habitat haiwan-haiwan tersebut.

Dengan teknologi yang semakin berkembang kita dapat melihat beberapa haiwan yang selama ini kita tidak pernah jumpa dan lihat sepanjang kita hidup. Seorang pengembara yang mempunyai hobi untuk mengkaji dan membuat penyelidikan mengenai haiwan di serata dunia bernama Letitia Helding menemui 5 jenis haiwan yang sebelum ini tidak pernah ditemuinya.

Seperti dipetik dari laman B0redpanda, menunjukkan gambar 5 jenis haiwan tersebut yang sebenarnya selama ini ada wujud di muka bumi. Mari kita lihat seperti apakah haiwan aneh yang telah ditemui oleh Letitia Helding di bawah ini

1. Honeypot Ant


Sumber : B0redpanda

Sebenarnya haiwan ini adalah sejenis serangga dan menyerupai semut. Semut ini memeiliki beberapa keunikan tersendiri seperti memilki bentuk belakan badannya yang bulat. Warnanya seperti warna madu yang membuatkan semut ini dinamakan Honeypot. Dikatakan bahagian belakangnya adalah tempatnya menyimpan makanan.

Ianya termasuk dalam kategori haiwan yang baru ditemui dan jarang dilihat. ramai orang merasa terkej0t apabila pertama kali melihatnya. Haiwan ini pertama kali ditemui di Arizona, Amerika Syarikat.

2. Lesula


Sumber : B0redpanda

Haiwan ini adalah sejenis primat. Ianya mempunyai bentuk dan fizikal yang tidfak banyak berbeza dengan primat seperti kera atau monyet lainnya. Tetapi apabila diperhatikan mukanya sedikit menyerupai manusia.

Bahagian yang menarik pada primat ini adalah matanya yang seperti juling. Haiwan ini pertama kali di jumpai di negara Congo, Afrika. Bulunya berwarna sedikit kekuningan dan haiwan ini juga termasuk dalam haiwan yang jarang dijumpai.

3. Wolf Fish- Ikan Serigala


Sumber : B0redpanda

Haiwan yang jarang dijumpai ini pula adalah sejenis ikan yang dinamakan W0lf Fish ataupun ikan serigala kerana mempunyai gigi yang taj4m dan menak0tkan. ikan ini hidup dikawsan air dalam di lautan Atlantik. Oleh kerana habitanya di laut dalam maka ianya sangat jarang ditemui.

4. Turtle Frog-Katak Penyu


Sumber : B0redpanda

Haiwan ini sebenarnya adalah sejeni katak. Tetapi ianya katak yang sebelum ini tidak pernah dilihat orang dan mempunyai bentuk yang berlainan dari katak biasa. Katak ini terlihat seperti bentuk penyu kerana mempunyai bahagian hitam seperti cengkerang di bahagian belakangnya.

Ianya memiliki kepala yang kecil, anggota badan pendek, bertubuh bulat, dan memiliki panjang purata mencecah 45 milimeter. Katak penyu ini ditemui di wilayah Geraldton dan Fitzgerald River, Perth, di Australia Barat.

5. Lobster Moth Caterpillar


Sumber : B0redpanda

Haiwan ini pula jika dilihat ianya seperti ulat biasa. Tetapi sebenarnya ianya ialah haiwan yang termasuk dalam haiwan aneh yang jarang ditemui. Ianya hidup di atas daun pokok dan bentuknya seperti haiwan laut maka ianya dinamakan sebagai Lobster Moth Caterpillar.

Haiwan ini ditemui di UK dan bentuknya itu telah mengej0tkan ramai orang yang tidak menyangka ada haiwan yang menyerupai lobster yang hidup di atas daun.

Kelima-lima haiwan yang disenaraikan di atas adalah haiwan yang jarang dilihat dan pertama kali ditemui oleh Letitia Helding sepanjang penyelidikannya. Dan pasti ramai orang diluar sana yang juga pertama kali melihatnya di dalam hidup.

Sebenarnya ada banyak lagti haiwan di dalam dunia ini yang masih belum di temui oleh manusia. Kejadian dan bentuk yang berbeza-besa itu menunjukkan kebesaran Tuhan Yang Maha Esa dan kita ini hanyalah sebagai makhluk yang diciptanya.

Terima Kasih kerana Membaca. Silakan SHARE Ya!

Diterjemah Dan Disusun Oleh Berita Kopak / Content Media

Sumber : B0redpanda