Pemenang Bintang Mencari Bintang 2019. Tahniah !! Wah Tak Sia-Sia Ustaz Hamadi Turun Padang !!

Rancangan Bintang Mencari Bintang (BBB 2019) semakin mendapat perhatian ramai penonton setia rancangan yang berkonsepkan komedi dan muzikal ini. Untuk musim terbaru tahun 2019 ini, 5 artis komedi yang menyertai BB2019 adalah Achey, Shuk, Sharif Zero, Mamak Puteh dan juga Chiwan.

Semua peserta bertarung untuk merebut wang kepok (bak kata Kak Lina Pom Pom) sebanyak RM10 ribu setiap minggu. Setiap minggu peserta akan membuat persembahan dengan bintang undangan mereka.

Setiap peserta menunjukkan prestasi yang meningkat daripada seminggu ke seminggu. Persembahan peserta mendapat perhatian penonton dan berjaya membuatkan penonton bergelak ketawa dan terhibur. Setiap peserta diadili oleh 2 juri profesional iaitu Saiful Apek dan Mark Adam serta markah dari undian peminat.

Malam ini adalah malam final dan kemuncak Bintang Bersama Bintang 2019 setelah beberapa minggu peserta berju4ng berhabis-habisan untuk merebut gelaran juara.

Di bawah adalah 5 peserta final dan juga tetamu undangan mereka :

1. Chiwan dan Afdlin Shauki

2. Sharif, Heliza Helmi dan Hazwani Helmi

3. Achey dan Black Hanifah

4. Mamak dan Fikry Ibrahim

5. Shuk, Jihan Muse dan Azhan Rani

Pemenangnya adalah Shuk. Tahniah Shuk kerana berjaya memenangi hadiah wang tunai RM100,000. Tak sia-sia Ustaz Hamadi turun padang yer. Jihan Muse pun terbaik. Persembahan mereka memang membuat ramai penonton terhibur dan ketawa tak kering gusi

Kepada yang tidak berjaya jangan berput0s asa. Boleh cuba lagi untuk tahun depan dan seterusnya.

Sila tonton video penuh di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG & Youtube TV3 Malaysia by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..