” Pec4h rahsia. Badan cen0net jerrr. Makan nya boleh tahan.. “

Jinggo Kant0ikan Ayda Jebat Asyik Makan & Tidur Di Set Penggambaran. Penat Sangat Ke tu Ayda !!

Siapa yang tidak kenal dengan pengarah dan pemilik syarikat produksi JS Picture Sdn Bhd, Azman Bin Haji Yahya atau dikenali sebagai Tok Sidang Jinggo yang juga suami kepada penerbit, pelawak, pengacara dan pelakon Sheila Rusly. Jinggo dan Sheila telah berkahwin pada tahun 1995 dan dikurniakan 2 orang anak, Uzair Haqimy dan Luth Mikhail.

Jinggo adalah seorang pengarah yang hebat dalam mengarahkan sesuatu drama. Boleh dikatakan drama yang dihasilkan telah mendapat jumlah tontonan yang tertinggi dan selalunya artis yang berlakon di bawah arahannya kebanyakkan nama artis itu akan melonjak naik.

Terbaru akan datang drama arahannya yang bertajuk ‘ Cindai ‘ yang bakal ditayangkan di samarinda TV3. Menampilkan pelakon seperti Ayda Jebat, Nazim Othman dan ramai lagi. Jinggo juga dikatakan seorang perngarah yang sangat sporting dan suka bergurau senda.

Menerusi akaun instagram, Jinggo berkongsi video aktiviti Ayda Jebat yang sedang tidur dan makan. Kesian Ayda nampak sangat dirinya dalam kepenatan. Ketika di set pengambaran, Jinggo juga selalu berkongsi aktiviti-aktiviti di depan mahupun di belakang tadbir.

Jom tonton video di bawah :

” Assalamualaikum Komer… Great Monday Geng Tok Sidang Malaya di mane sajer komer berada… #Cerekatoksidang ari ni pasei makan tido makan tido set #cindai.. “

” Huuuuu Huuuuuuuu. Haaaaa Haaaaaaaaa. Mua aha aha aha aha. Hadoiii makkk aiiiii gel1 lak teman pepagi ari ni.. FULL VERSION ON YOUTUBE CEREKA TOK SIDANG ”

Ramai yang terhibur apabila menonton video ni. Ada juga yang kesiankan Ayda. Antara komen-komen peminat :

” Hahahaha makan tido makan tido. Makan kuat tapi kurusss je… Penat bekerja Allah murahkan rezeki .

” Semoga kekal sampai bila-bila suka tengok keluarga sis baik. Makan bnyk cam tu gak badan…. Hehe kita makan bnyk jap je naik perut ni “

” Pec4h rahsia.. Badan cen0net jerrr… Makan nya blh tahan…”

” Assalamualaikum Dan Selamat pagi Tok Sidang n crew.. Semoga Allah swt permudahkan urusan Tok Sidang “

” Waalaikumsalam selamat pagi Tok Sidang… Hahaha keja mkn jer ank Tok Sidang nie .. Ape pon dia mmg comel… Kirim Salam sayang dri peminat setia buat Ayda Jebat yer Tok Sidang “

” Dah tak ade org lain kan yg nak dkacau. Budak ‘tember4ng’ ni jgk laa yg Tok Sidang suka sangat “

Kesiannya Ayda Jebat betul-betul lapar dan penat tu. Gaya Ayda pun dah menjiwai watak yang sedang dilakonkan. kadang kala video yang dirakam sewaktu bergurau senda boleh mengurangkan penat krew-krew dalam menjayakan pengambaran pada masa itu.

Kami di Berita Kopak sentiasa mendoakan Jinggo dan Sheila Rusly terus berjaya dalam menerbitkan drama-drama yang dapat menaikkan lagi filem melayu di Malaysia. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Jinggo dan Sheila Rusly by Berita Kopak / Content Media.

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report c0pyright akan dikenakan..