” Pasangan paling comel abad ini … “

Video Dan Gambar Sambutan Hari Lahir Fattah Amin Yang Dirancang Oleh Fazura. Alahai, Sweet Sangat.!!

Nur Fazura binti Sharifuddin atau lebih dikenali sebagai Fazura merupakan seorang pelakon,  pengacara,  model,  dan penyanyi. Beliau memulakan kerjaya dalam industri hiburan Malaysia dengan menjadi hos rancangan televisyen dan beberapa peranan watak sampingan dalam dunia lakonan.

Fazura dikenali sebagai salah seorang selebriti yang paling bergaya di Malaysia menurut kebanyakan majalah hiburan dan fesyen. Beliau sering muncul dalam majalah yang bergaya dan menawan. Fazura telah berlakon sebanyak 16 filem dan beberapa siri TV dan telefilem serta menjadi pengacara beberapa program televisyen.

Fazura telah berkahwin dengan seorang pelakon, Fattah Amin pada 27 November 2017 di satu majlis tertutup di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Mereka mula berkenalan ketika sama-sama menjayakan drama Hero Seorang Cinderella yang disiarkan di Slot MegaDrama Astro Ria.

Menerusi akaun Instagram, Fazura berkongsi video dan gambar-gambar sekitar sambutan hari lahir suaminya, Fattah Amin. Sambutan yang begitu meriah sekali disambut bersama kaum keluarga Fazura dan juga Fattah. Fattah yang lahir pada 14 September 1990 kelihatan m4lu-m4lu pula.

Tonton video di bawah :

” Boo’s birthday with the fam bam.  @fattahaminz “

Lagi gambar-gambar sekitar sambutan hari lahir tersebut :

 

 

 

Rata-rata peminat begitu gembira melihat kebahagiaan pasangan ini. Antara komen-komen mereka :

” Bagusnya Fazura ni.. semoga rumahtangga Fattah n Fazura dirahmati dan bahagia hingga ke syurga Allah.. “

” Pasangan yang sentiasa ada masa untuk keluarga dan kawan2 walaupun busy dengan kerja.. “

” Boo @missfazura sooo manja… Nampak sgt…. Perancangan Allah SWT adalah terbaik, bertemu jodoh dgn Faz yg sgt caring dan memanjakan @fattahaminz “

” Alhamdulillah. Semoga keluarga Fattah dan Fazura sentiasa dlm rahmat dan lindungan Allah “

” Pasangan paling comelll abad ini.. “

” Always love your family bonding. Lots of love.. “

” May Allah Blessing , two Family of FattZura and Still Health, Still Happy, Still Love, Still Smile, Still Sweet, Ever and Forever both Family (FattZura)  Aamiin. LotsofLove.. “

Suka melihat kebahagiaan pasangan ini kerana sikap mereka yang ‘low profile‘. Kami di Berita Kopak mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Fattah Amin. Semoga dimurahkan rezeki dan sentiasa berbahagia di samping keluarga tersayang. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fazura by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..