” Part mengigau tu win, lain macam punya mengigau ni. Haha.. ” – Netizen
Koleksi Video Syamel Bersama Anak Perempuannya, Khawla Soleha Sempena Hari Bapa Cur1 Perhatian Peminat. Wah Daddy Mithali Betul Ni, Part Mengigau Tu Lawak Sungguh Lah !!
Meninjau akaun Instagram Ernie Zakri, telah dikongsikan kompilasi video-video yang memaparkan gelagat suaminya, Syamel ketika bersama anak perempuan mereka, Khawla Soleha. Ini ada bersempena sambutan hari bapa dan posting ini ditujukan khas buat Syamel.
Coret Ernie di ruangan kapsyen, Syamel seorang yang ayah yang obses dengan anaknya. Khawla bertuah memiliki Syamel sebagai ayah kerana sifat penyayang yang ada dalam diri Syamel dan Syamel sebolehnya inginkan yang terbaik untuk Khawla.
Video Syamel menjaga Khawla sejak hari pertama Khawla lahir sehinggalah sekarang ada disunting dalam video ini. Terbukti Syamel memang protective untuk princess kesayangannya ini. Lawak juga melihat perang4i Syamel lebih-lebih lagi ketika Syamel membeli baju untuk Khawla.
Dek kerana obsesnya dengan Khawla, sampai sudah tertidur pun Syamel masih boleh menyanyi untuk si kecilnya ini. Kata Ernie, Syamel selalu mengigau dalam tidur dan membuat konsert. Buktinya ada pada penghujung video ini.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Ernie ini telahpun mendapat perhatian daripada peminat. Antara komen-komen peminat yang dapat kami kongsikan :
” Happy father’s day Syamel. Mimpi pun menyanyi. Ngigau pun menyanyi haha, memang sah penyanyi.. “
” Untuk gadis pilihan di bulan Febuari, yaa daddy Khawla. Moga jadi daddy terbaik haha. Sampai dalam mimpi pun tetap nyanyi untuk Khawla.. “
” Part mengigau tu win haha, Sebijik husband ceq oii kuat ngigau. Penyanyi dah tidur pun tetap menyanyi ya haha. Happy father’s day daddy khawla yang sweet.. “
” Selalunya anak sulung klu prmpn mmg ikut dgn daddy tu, manja kemain lagi.. tak smua tpi byk yg mcm tu, so mummy lahh yg paling gar4ng utk dia nanti be prepare ernie… Happy Father’s day Shamel.. “
” Mimpi pun menyanyi guys haha, lain macam punya mengigau ni. Khawla superdaddy yang sangat penyayang.. “
” Part last tu haha, nyanyi dalam tidur pun tetap on point ye suaranya. Memang superb daddy ni.. “
” Khawla your dad is the most reliable friend, guide, and a hero. Happy Father’s Day Daddy khawla.. “
Alahai Syamel, sampai terbawa-bawa dalam mimpi ye. Tentu ucapannya pun juga panjang berjela untuk si Khawla ini, hehe. Apa-apa pun, Syamel sememangnya seorang ayah dan suami yang terbaik buat Khawla dan Ernie. Semoga berbahagia selalu bersama keluarga tersayang.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Ernie Zakri, IG SyamelÂ
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..