” Part ‘ ketam ni hidup lagi ‘ serius comel lah Mak Iti.. “

Ini Yang Berlaku Apabila Dato’ Sri Siti Nurhaliza Masuk Dapur. Sampai Melompat Ketam Tu. Alahai.. Memasak Pun Comel !!

Penyanyi nombor 1 negara,  Dato’ Sri Siti Nurhaliza binti Tarudin atau lebih dikenali sebagai Siti Nurhaliza sudah pasti dikenali ramai dan tidak asing lagi. Apa sahaja yang dikongsikannya di akaun media sosialnya pasti akan menjadi tular oleh peminat-peminatnya.

Kehidupan Dato’ Siti sangat bahagia di samping suaminya Datuk Khalid Muhammad Jiwa atau dikenali sebagai Datuk K. Mereka telah berkahwin selama 13 tahun. Kehidupan mereka bertambah ceria dengan kehadiran cahaya mata sulung Siti Aafiyah yang dinantikan selama 11 tahun.

Dato’ Siti juga menempatkan dirinya dalam bidang perniagaan. Beliau menubuhkan syarikatnya, Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd. Beliau juga merupakan presiden bagi syarikat rangkaian kosmetik miliknya, SimplySiti Sdn. Bhd.

Menerusi akaun Instagram, Dato’ Siti berkongsi videonya memasak sambil menyanyi. Menyanyi kat dapur pun sedap! Peminat begitu terhibur melihat aksi dan gelagat Dato’ Siti di dapur kerana beliau kelihatan comel dan bersahaja.

Jom tonton video di bawah:

” Masak apa tu CT? Kalau nak tengok gelagat saya di dapur, jangan lupa tonton video penuh di youtube Siti Official Video. Jangan lupa subscribe ya!! “

Rata-rata peminat Dato’ Siti sangat terhibur melihatnya. Ada di antaranya memuji Dato’ Siti kelihatan cantik walaupun di dapur. Antara komen-komen peminat :

” Sy pon suka nyanyi kt dapo. Nak rasa? Nak rasa? Alaaaaa comeii nye Tok Ti  “

” Alalalala anak ibu nak tolong masak “

” Mak iti comey cantiknyeee.. girlcrushh sgt  “

” Alhamdulillah kehidupan dato bahagia dn sempurna..  “

” Omeyomeynye sore @ctdk oiii  manja giteeww “

” Time “ketam ni hidup lg” hahaha comel la mak itii “

” Kenapalah @ctdk Comel sangat nihh part nak rasa nak rasa tuuu… Hahhahahha “

” Masak ketam tok? Sedap tu.. Kat dapoq pun segak noh  “

Kami di Berita Kopak mengucapkan ‘All the Best’. Semoga terus menjadi penyanyi kesayangan Nombor 1 Malaysia.

Sila tonton video penuh di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG ctdk by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..