” Panjat pokok atau peluk pokok tu ? Lawak la.. Haha.. “

Aksi Roy Azman Memanjat Pokok Membuatkan Netizen Ketawa. Ad0ii.. Panjat Pokok Atas Tanah Je Ke !!

Zairosminan bin Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Roy Azman merupakan seorang pelakon Malaysia. Beliau mula melibatkan diri dalam dunia lakonan sejak dari tahun 1993 sehingga kini. Roy juga aktif bersama Kelab Penyokong Bola Sepak Selangor dan merupakan penyokong pasukan tersebut.

Roy mendirikan rumah tangga dengan bekas ahli kumpulan Princess, Rafidah Mohd Razali pada 11 Mac 2006. Perkahwinan mereka telah dikurniakan seramai empat orang anak. Roy yang berasal dari Alor Setar, Kedah banyak membintangi drama dan filem.

Antara drama lakonannya ialah Adellea Sofea, Mimpi Sabrina, Lara Syakilla, Adam Chempaka dan Sweet Dream. Filem pertama lakonannya ialah Cikgu Romantik dan diikuti beberapa buah filem antaranya Maria Mariana 2 dan Awan Dania The Movie.

Menerusi akaun Instagram, satu video Roy Azman memanjat pokok kelapa ketika beliau menyertai Team Building telah dikongsikan. Apa yang mencuit hati netizen ialah Roy rupanya tidak pandai untuk memanjat pokok. Aksi beliau cuba untuk memanjat pokok tersebut kelakar habis.

Jom tonton video dibawah :

Rata-rata netizen terhibur melihat aksi Roy Azman memanjat pokok. Antara komen-komen mereka :

” Seks4 tgk.. haha.. “

” Hahahahha…pgi2 bt lawak laaa.. “

” Panjat pokok atau peluk pokok tu? Lawak la.. Haha.. “

” Abg xsampaipun atah… dengor gelak jerr.. “

” Adoi la bikin gelak jelah.. “

” Meh nak suruh anak saya ajr macam mana nak panjat pokok nyok…eh eh kelapa…. “

” Cara peluk pokok kelapa tuu kelakar.. “

Ad0i, kelakar dibuatnya. Baru tahu selama ini Roy tidak pandai memanjat pokok walaupun badan nampak sado. Disebabkan beliau tidak berjaya memanjat pokok tersebut, kumpulan beliau telah kalah. Apa pun aksi Roy ini sememangnya menghiburkan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Roy Azman by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..