” Pandainya Arif. Auntie Aafiyyah pun redha je.. “

Gelagat Arif Jiwa Menyiapkan Siti Aafiyah Buat Ramai Terhibur. Setepek Muka Aafiyah Kena Bedak Dengan Arif, Alahai Comel Betul !!

Siapa yang tidak kenal akan si cilik yang comel Arif Jiwa dan ibu saudaranya, Siti Aafiyah yang merupakan anak kepada penyanyi tersohor negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza. Kedua-dua anak kecil ini mempunyai ramai peminat dan pengikut di akaun Instagram.

Walaupun Aafiyah tidak mempunyai akaun Instagram atas namanya sendiri, tetapi Dato’ Siti sering berkongsi gambar-gambar dan video-video Aafiyah di akaun Instagram miliknya.

Anak kepada Asyraf Khalid dan selebriti kelahiran Indonesia yang kini menetap di Malaysia, Tya Arifin iaitu Arif Jiwa ini lahir pada 31 Mac 2017. Sehingga kini Arif mempunyai seramai 813 ribu pengikut di Instagram yang dikendalikan oleh ibu dan bapanya sendiri.

Cucu kepada penyanyi kesayangan ramai ini juga pernah memenangi Si Cilik MeleTOP pada Anugerah MeleTOP Era 2018 (AME2018). Aksinya yang manja dan suka tersenyum membuatkan Ariff berjaya memikat hati ramai pengikutnya.

Ramai yang mengetahui hubungan rapat antara Arif dan Aafiyah seperti adik beradik walaupun hakikatnya Aafiyah merupakan ibu saudara Arif. Jarak umur yang dekat, membesar dan bermain bersama-sama membuatkan mereka sangat akrab.

Menerusi akaun Instagram Ari Jiwa, sebuah video Arif sedang memberi Aafiyah minum susu dan menyiapkan Aafiyah dikongsikan buat tatapan peminat. Gelagat dua si cilik ini membuatkan ramai yang terhibur.

Pandai betul Arif menyiapkan Aafiyah. Aafiyah pun macam redha je muka kena bedak setepek dengan Arif. Alahai comel sangat keletah mereka.

Jom tonton video di bawah (video penuh di hujung artikel) :

” Pukk puk puk , sekejap lagi selesai ye Aunty, sabaar yaaa. UncleOnty nak tgk full video nye ? Klik link on bio Arif , Jangan lupa subscribe ye.. “

Rata-rata pemiant terhibur dengan gelagat Arif dan Aafiyah. Antara komen-komen peminat :

” Ariff nie memang blh jadi pemimpin keluarga yg hebat… baik.. lemah lembut org nya.. sayang sangat.. “

” MasyaAllah… pintar nye abang Arif kasih susu ke Afiah. Adik Azzahra mane rif.. “

” Baik nya msti rapat satu sama lain sb dah membesar sama2.. “

” Suka tengok gelagat dua budak comel ni.. so sweet.. “

” Auntie Aafiyyah redha je.. haha comel.. “

” Tomeynyaaaa arifff lembutt sngtttt dia menjaga afiyyaa.. “

” Baik ariff sama aunty aafiyah bila besar nanti jaga aafiyah ya abang ariff.. “

Comel betul Arif dan Aafiyah ini kan ? Tak pernah tak comel. Apa-apa pun kami di Berita Kopak mendoakan semoga Arif dan Aafiyah membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh dan solehah.

Sila tonton video penuh di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ariff Jiwa Asyraf by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..