” Pandainya Aafiyah surprise kan Mak Iti dengan Dato’ K.. ” – Netizen
Dato’ Siti Nurhaliza Kongsi Video Surprise Daripada Anaknya Aafiyah Sempena Anniversary Perkahwinannya Bersama Datuk K. Alahai Aafiyah Buat Ayah Dan Ibu Terharu Betul. Sweet Girl !!
Tanggal 21 Ogos pasti menjadi tarikh dinanti-nantikan oleh peminat sitizoner. Hari ini adalah ulangtahun perkahwinan Dato’ Siti Nurhaliza bersama Datuk Seri Khalid Jiwa yang ke 14 tahun. Pasangan romantis ini melangsungkan perkahwinan mereka pada 21 Ogos 2006.
Dato’ Siti dan Datuk K mengharungi banyak suka duk4 sepanjang usia perkahwinan mereka ini. Peminat pastinya masih ingat betapa berusahanya mereka untuk mendapatkan zuriat. Akh1rnya setelah 11 tahun menanti, Allah makbulkan impian mereka ini.
Siti Aafiyah menjadi permata kesayangan Dato’ Siti dan Datuk K. Aafiyah membesar dengan sihat dan turut menjadi kesayangan peminat. Aafiyah yang semakin petah bercakap sudah semakin banyak akalnya. Suka menari dan menyanyi, Aafiyah sering menghiburkan hati kedua ibu bapanya ini.
Meninjau akaun Instagram, Dato’ Siti telah berkongsikan satu video yang menunjukkan kej0tan daripada Aafiyah untuk hari ulangtahun perkahwinannya ini. Aafiyah yang dibantu pengasuhnya membuat dan menghias kek khas untuk Dato’ Siti dan suami.
Jom tonton video di bawah :
Seronok betul Aafiyah menghias kek untuk ibu dan ayahnya itu. Gelagat Aafiyah ini menarik perhatian ramai dan antara komen-komen mereka :
” Selamat ulang tahun perkahwinan tok ti n dato k semoga bahagia hingga ke jannah.. “
” Kecik-kecik dah pandai sweet sweet Aafiyah ni.. “
” Happy anniversary dato siti dan dato K.. Tq aafiyah comel sbb bwat kek utk ayah dan ibu.. “
” Kecik2 pandai buat kek esok Besa mesti pandai aafiyah Ni.. “
” Happy wedding anniversary. moga hubungan hingga hujung nyaw4 Dan kekal hingga syurga jannah.. “
” Pandainya Aafiyah buat kek. Lovely Aafiyah.. “
” Alahai menitik pulak airmata saya. Pandailah Aafiyah ni.. “
” Kita yang tengok pulak terharu, cerdik pandainya dia.. “
” Pandainya Aafiyah surprise kan Mak iti dengan Dato k.. “
Alahai Aafiyah comel sangat gaya seng1h tu bila ibu dan ayah cakap terima kasih. Siap suruh ayah makan lagi, penyejuk hati ibu melihat Aafiyah ni. Apa pun, selamat ulangtahun perkahwinan buat Dato’ Siti. Semoga ik4tan perkahwinan ini berkekalan hingga ke akhirnya. Buat Aafiyah, semoga jadi anak yang solehah dan sentiasa menceriakan hidup ayah dan ibu.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Dato’ Siti Nurhaliza
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..