” Pandai pula dia selek lipstik tu.. “

Gelagat Syeriv Samheizy Meniru Aksi Ibunya Memakai Lipstik Mencuit Hati Ramai. Hari Tu Duk Tonyoh Dada Nak Bagi Susu Kat Adik. Kelakar Lah Mat Yip Ni !!

Nama si cilik Syeriv Samheizy, anak kepada pasangan pelakon Shaheizy Sam dan isterinya yang juga pelakon Syatilla Melvin tidak perlu diperkenalkan lagi. Muka dan keletahnya yang comel sentiasa menarik perhatian netizen. Wajahnya bukan sahaja comel, tapi kelihatan sangat kacak pada usianya yang masih kecil.

Syeriv atau dikenali dengan nama Mat Yip ini juga mempunyai ramai peminat. Sehingga kini akaun instagramnya mempuya 944 ribu orang pengikut yang dikendalikan oleh ibunya sendiri, Syatilla Melvin.

Ramai peminat tertunggu-tunggu update terbaru, sama ada gambar atau video-video gelagat Mat Yip dimuatnaik di instagram. Telatahnya yang comel itu membuatkan ramai yang terpikat dan sangat mencuit hati yang menontonnya.

Menerusi akaun Instagram, Shaheizy Sam berkongsi video Syeriv sedang mengenakan lipstik di bibirnya. Menurut Sam, Syeriv meniru aksi apa yang dilakukan ibunya seperti kebiasaan. Adui comelnya Mat Yip, kelakar pun ada.

Jom tonton video di bawah :

” Nak jalan jumpa Kak Hara, kena la bersiap. Terpengaruh dengan Bubu sangat ni @samtilla @syeriv_samheizy.. “

Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat Syeriv yang mencuit hati. Antara komen-komen netizen :

” Mat yipppppp hg buat apa niii ? Getu satgi, hahahaha kakak sayang apa.. “

” Mat yip hensem boy tlong bubu buat promosi kekasih _hq… “‘

” Alahaiii ger4mnye dgr matyip ckp… Suara si adik pun.. Alahai… “

” Comeiila syeriv.. abis la barang bubu.. Hehehe.. “

” Pandai pula dia selek lipstik tu.. “

” Hang pakai code apa tu mat yip.. Ger4mnyaaa tengok hang.. Hensem.. “

” Encem boy ke cute girl ni? Konpius uncle. Hehehe.. “

Di bawah kami di Berita Kopak akan kongsikan dengan anda beberapa lagi video gelagat Syeriv meniru aksi ibunya :

” Pulun duk bagi kawan tu isap cekelat chip (bukan anggur) dia, siap bukak baju, cabut puting kawan tu. hang setitik pun xdak syeriv oii, berangan terok, sorry @alyaamran.. “

” Hmm hampa nilai sendiri laa.. bubu garu kepala sampai keluaq kelimumoq.. “

Hang xdak choc chip kt dada, x pyh berangan ada susu.. kalut tonyoh kepala adik dia nk bgi susu #chocolatekeliru.. “

Alahai Mat Yip, kenapalah comel sangat ni. Alahai kelakarnya. Benarlah orang kata, anak-anak mudah mencontohi ibu bapa mereka. Cepat betul Mat Yip terpengaruh dengan Bubu yer.

Apa-apa pun kami di Berita Kopak mendoakan semoga Mat Yip membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat.  Jaga adik Sarima baik-baik ok.

Silakan SHARE…

Sumber : IG Shaheizy Sam, Syatilla Melvin, Syeriv Samheizy by Berita Kopak / Content Media

Article ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..