” Pandai pakai make up pula, ger4m tengok.. ” – Netizen

Video Gelagat Siti Aafiyah Menyolek Wajahnya Menarik Perhatian Ramai. Amboi Aafiyah, Bukan Main Lagi Yer, Comel Sungguh. Part Akhir Tu, Siap Berjoget Lagi !!

Siti Aafiyah kini sudah berusia dua tahun. Gelagat Aafiyah sering dikongsikan di laman Instagram sama ada Instagram ibunya, Dato’ Seri Siti Nurhaliza atau Instagram kelab peminat. Aafiyah semakin bijak dan gelagatnya menarik perhatian ramai.

Aafiyah dilahirkan pada 19 Mac 2018 selepas 11 tahun Dato’ Seri Siti mendirikan rumah tangga bersama Dato’ Seri Khalid Mohamad Jiwa. Kehadiran Aafiyah sangat dinantikan dan menyinarkan lagi kebahagiaan rumah tangga pasangan ini.

Dilahirkan sebagai anak selebriti terkenal, Aafiyah turut terkena temp1as populariti ibunya. Walaupun masih kecil namun dia sangat popular di laman sosial. Apa sahaja video atau gambar yang dikongsikan pasti mendapat ratusan ribu viewers.Β Tidak mustahil, suatu hari nanti Aafiyah turut mengikut jejak ibunya.

Menerusi akaun Instagram, video Aafiyah sedang bersolek telah dikongsikan. Aafiyah dilihat begitu pandai mengayakan lipstik di bibir. Nampak macam dah biasa pakai je Aafiyah. Part yang akhir sekali, Aafiyah berjoget bukan main lagi. Seronok sungguh yer Aafiyah !!

Jom tonton video di bawah :

Rata-rata netizen ger4m melihat kecomelan Aafiyah. Antara komen-komen merekaΒ  :

” Pandai pakai make up pula, ger4m tengok.. “

” Hihihi kecil kecil udah punya cosmetics. . “

” Comeinya ger4m tgk gelagat dia.. “

” Mata tu… cantik nye… “

” Cutenya aafiyah… Comel sngt2.. “

” Aww Aafiyah muka seiras tokti… Comelnya Aafiyah .. “

” Aafiyah bijak dan comel mcm ibu nya .. “

Alahai, mesti Aafiyah selalu tengok ibu bersolek. Disebabkan itu Aafiyah pandai mengayakan alat solekan. Memang Aafiyah ni anak ibu sangat. Semoga Aafiyah membesar dengan sihat dan bijak serta menjadi anak solehah yang berjaya di dunia dan akhirat. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Aafiyah Khalid

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..