” Pandai Chef Wan layan, you make your mother happy selalu.. ” – Netizen

Video Chef Wan Melayan Ibunya, Cik Ani Menari Sambil Melayan Lagu Kegemarannya Buat Ramai Terhibur. Part Kain Nak Terlucut Tu Memang Kelakar, Alahai Comel Jer Dua Beranak Ni !!

Selagi hay4t seorang ibu dikandung badan, selagi itulah kita sebagai anak perlu menjalankan tanggungjawab untuk menjaga kebajikan mereka dan memberikan sepenuhnya kasih sayang kepada mereka. Jika seorang ibu mampu membesarkan 10 orang anak, mengapa tidak kita menjaga mereka di hari tua. Betul tak ?

Begitu juga akan chef selebriti terkenal iaitu, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan yang sering berkongsi video-video bersama ibu tercinta yang mesra dipanggil Cik Ani sering menarik perhatian ramai di laman media sosial. Malah layanan Chef Wan terhadap ibunya juga turut mendapat pujian ramai.

Kemana sahaja pergi, pasti Chef Wan sentiasa membawa ibu tercintanya bersama. Melihat keakraban antara ibu dan anak ini kadang kala membuat kita pasti merasa bahagia dan ada kalanya merasa tersentuh melihat kesungguhan Chef Wan dalam menjaga ibunya yang kian dimamah usia itu.

Dalam satu entri di akaun Instagram milik Chef Wan, telah berkongsi dua video yang memaparkan Chef Wan bersama ibunya sedang menari bersama-sama sambil menikmati lagu daripada arw4hyarham Tan Sri P. Ramlee yang juga merupakan lagu kegemaran Cik Ani. Sangat menghiburkan melihat aksi dua beranak ini menari bersama-sama.

Ikuti perkongsian video tersebut di bawah :

Rata-rata netizen turut terhibur melihat aksi Chef Wan yang sama-sama melayan ibunya menari dan turut memberi pujian. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Comelnya Cik Ani.. Nasib baik kain tak terlondeh masa dok tengah menari tu, seronok tengok terlatah Cik Ani. Pandai Chefwan layan mak.. Anak syurga Chef Wan.. You make your mother happy selalu. Salute to you !! “

” Dear chefwan… The love you have for your mother is one the purest example of human love… I wish you both endless health and happiness.. “

” Seronoknya bila lihat gelagat Dato dan Princess Cik Ani…. Bertuah beliau memiliki ank yg mnjaganya pnuh kasih sayang.. Saya doakan semoga Princess Cik Ani sihat… Doakan sya juga dpat dijaga oleh ank2.. Apabila usia seperti Cik Ani kelak… Insyallah.. “

” Mashaallah moga segala kasih sayang pada mak disemadikan di alam jannahtul firdaous.. “

” So beautiful chef! not many of us are afforded this with our own mom and syurga itu di bawah tapak kakinya .. “

” Kdg2 tersenyum sendiri saya meliat telatah dato dgn ibu.. How sweet you are Dato.. “

 ” Terhibur melihat layanan Chef Wan melayan Cik Ani menari, comel !! Semoga sentiasa sihat selalu. Aamin.. “

Comel sungguh melihat Chef Wan turut serta menari bersama Cik Ani. Benarlah, sememangnya Chef Wan layak mendapat pujian ramai kerana dia tidak pernah jemu melayani akan kerenah ibunya dan sentiasa melakukan yang terbaik buat ibunya merasa bahagia. Kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Chef Wan dan Cik Ani sentiasa bahagia selalu. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Chef Wan

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..