” Pandai betul Rosix ni k0rek rahsia tau.. ” – Netizen

Video Rosix Omar Dan Noor Nabila Terjah Office Neelofa. Wahhh Cantik Betul Office Lofa. Part Rosix Tanya Tentang Khabar Jodoh Lofa Tu Akhirnya Lofa Beri Responnya. Wow Macam Tak Lama Dah Tu !!

Pasti ramai yang mengetahui kewujudan channel Youtube Rosix dan Bella. Bagi pengemar Youtube tentu mengenal wajah dan aksi lucu mereka berdua. Penuh dengan gelak ketawa, video mereka selalu tampil dengan content yang menarik dan mencuit hati. Ada-ada sahaja benda yang menjadi bahan ketawa Bella dan Rosix.

Jika sebelum ini mereka menjemput Jabir Meftah sebagai artis undangan mereka. Kali ini mereka menerjah office Neelofa untuk berkongsikan kepada peminat segenap ruang di pejabat si cantik ini. Menunjukkan semua koleksi anugerah yang diterima Neelofa, semuanya tersusun dengan indah.

Siapa sangka, daripada pejabat yang hanya beroperasi di rumah kini Neelofa mampu membeli 2 buah bangunan untuk dijadikan pejabat urusannya sendiri. Rosix seperti biasa soalannya pasti akan ada yang mengundang persoalan. Gaya ketawa Rosix sahaja buat ramai terhibur apatah lagi bila suaranya bergabung dengan Bella dan Lofa. Fuh !

Meninjau akaun Instagram Rosix Omar, telah dikongsikan satu sedutan video Neelofa yang dirakam khas bersama Noor Nabila. Sejak dari pintu masuk hinggalah ke bilik Lofa, berbagai department dapat dilihat. Aksi mereka bertiga juga mencuit hati peminat.

Jom tonton video di bawah :

Kemas dan tersusun betul pejabat Neelofa ini. Sempat lagi Rosix mengus1k tentang khabar bau nasi minyak Lofa tu. Antara komen-komen :

” Nampak sangat lofa ni bukan cantik je dia suka benda tersusun dan bersih je nampak thats why I very love lofa.. “

” Rosix masuk je office Lofa, vibes terus jd mcm kat rumah hahahahahahahha.. “

” Kau sunyi tak dalam tu. Pandai betul Rosix ni korek rahsia tau.. “

” Yeah, tour office neelofa, such an ispiring idol.. “

” Nampak orang yg berjaya… kerja keras, mna ada goyang kaki nak senang, goyang kaki pun time cuti2 ja, sangat inspirasi, i need that spirit.. “

” Neelofa so humble person. Beauty with brain.. “

” Ni anugerah muzik-muzik kau masuk ajl ke suara kau tak sedap, kemain rosix haha.. “

” Ini macam muzik2. Kau masuk AJL ke? Suara kau tak sedap” , Rosix.. “

” Wow, cantiknya office Lofa. Bilik aritu pun punyala cantik, ni office pun kebaboom.. “

Memang terperinci dan tersusun orangnya Neelofa ni. Satu yang boleh dibanggakan dengan segala kejayaan yang sudah dicapai hasil titik peluhnya itu. Bab soalan peribadi tu jawapan pun sudah diberikan Neelofa bahawa dirinya sekarang bahagia. Semoga Neelofa semakin maju jaya dalam perniagaannya itu dan dan dipermudahkan bertemu jodoh. Aamin..

Sila tonton video penuh di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG Rosix Omar, IG Neelofa, Youtube Channel Rosix & Bella

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..