” Paling tak tahan tengok muka Tokti tergaman dengar nama dia, haha.. ” – Netizen
Video Dato’ Seri Siti Nurhaliza Beramah Mesra Dengan Peminat Buat Ramai Terhibur. Tak Sangka Pandai Menyakat Dan Kelakar Juga Tokti Ni. Teruja Betul Peminat Dapat Menyanyi Dengan Tokti Walaupun M4lu-M4lu, Siap Lentok Lagi Selfie Dengan Tokti !!
Meskipun sudah beberapa hari persembahan ekslusif Music of The Soul gabungan dua suara iaitu Dato’ Seri Siti Nurhaliza dan Dato’ Awie berlabuh tirai, masih banyak lagi video yang dikongsikan oleh peminat DS Siti di media sosial sekitar persembahan tersebut.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram radio Suria telah dikongsikan satu video yang memaparkan telatah DS Siti sedang beramah mesra dengan salah seorang peminatnya. Video ini diulangsiar dari akaun Tik Tok noadamki.
Kedengaran dalam video itu, pada awalnya Dato’ Siti meminta peminatnya untuk menyanyikan sebuah lagu. Wanita tersebut dengan tersipu m4lu telah menyanyikan lagu ‘Cindai’ . Tidak menyangka suara peminat tersebut begitu lunak sehinggakan DS Siti pun turut kagum.
Selain itu, DS Siti sempat bertanyakan nama wanita tersebut dan setelah mengetahui namanya, DS Siti tergaman seketika. Malah pelbagai kata usikan DS Siti kepada wanita itu sehingga satu auditorium berdekah ketawa.
Jom tonton video tersebut di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon terhibur diberikan warganet dan rata-rata mereka menyukai perkongsian video ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Paling tak tahan tengok muka Tokti tergaman dengar nama dia, haha. Tak sangka betul Tokti rupanya kelakar juga orangnya.. “
” Hahaha part ni memang lawak, tapi padu beb suara perempuan tu, sedap g1ler lah. Dengar dia menyanyi pun merem4ng bulu roma.. “
” Aku je ke perasan suara peminat tu dah macam suara Siti lah masa menyanyi. Hahaha Siti boleh tahan kelakar, tak berhenti2 menyak4t.. “
” Hahahaa dalam2 terharu dapat jumpa Dato Siti, sempat lagi minta sambung corus, hahahaha. Muka Dato Siti terkej0t dengar nama tu memang lawak.. “
” Lawok jgk tok ti ni ye. Gelak sampai kluaq ayaq mata jgk ni. Mest balik rumah tak nk dah cuci tgn awek tu kan, untung dpt pgg tgn tok ti, hehe.. “
” Mesti ngaji pandai, suara dia macam dia biasa ngaji sebab bila nyanyi nampak pantulannya. Huhu nama pun special.. “
” Suka sgt akak tue dgn tokti, artis kesayangan. Dyer pun tak sangka hari tu dpt salam n selfie n nyanyi sekali best2.. “
Wow memang padu suara peminat DS Siti seorang ni, ada yang cakap hampir serupa suaranya seperti DS Siti. Memang terbaik lah persembahan DS Siti buat peminat-peminantya. Apa-apa pun moga DS Siti akan terus berkarya dalam bidang seni suara dan berjaya dalam apa jua bidang yang diceburinya.
Silakan SHARE..
Sumber : IG suriamalaysia, ctdk, TikTok noadamki
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..