” Pakai telekung terus muka kakak Sariyanti c0py paste.. ” – Netizen

Sari Yanti Kongsi Wajah Dariya Inara Bertelekung. Alahai Ayunya Anak Abah Jep Ni. Senyum Tu Manis Macam Mama Sari, Muntin Si Anak Solehah Mama !! 

Pasangan serasi dan ideal, Sari Yanti dan Jep Sepahtu antara pasangan selebriti yang menjadi tumpuan ramai. Hidup secara sederhana dan tidak menunjuk-nunjuk, sikap pasangan ini selalu dipuji peminat. Baik Sari mahupun Jep, kedua-duanya sangat peramah dan mesra dengan peminat.

Tidak pernah tercalit gos1p l1ar dan sebarang kontr0versi, rumahtangga mereka bahagia dan aman. Dengan perangai Jep yang suka membuat kelakar itu, keceriaan sering mengiringi keluarga ini. Mereka sudahpun dikurniakan dua orang zuriat iaitu Dariya Inara dan Muhammad Khidir.

Anak sulung mereka, Dariya sudahpun berusia 2 tahun, manakala Khidir baru sebulan umurnya. Dariya yang sering digelar ‘anak abah’ ini banyak kerenah dan ragamnya. Pernah dikongsikan Sari gelagat Dariya mendodoikan ‘bayi’nya dalam buaian bayi yang sebenarnya adalah anak patung. Alahai comel sungguh Dariya.

Menerusi akaun Instagram Sari Yanti, telah dikongsikan beberapa keping gambar yang menunjukkan Dariya lengkap memakai telekung sembahyang. Gembiranya Dariya dapat dilihat daripada raut wajahnya itu. Senyum lebar dapat telekung dan sejadah baru ye kakak Yaya. Sejuk perut ibu yang mengandungkan Dariya, kecil-kecil dah belajar solat.

Jom baca perkongsian di bawah :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Muka excited Dariya itu menarik perhatian peminat. Mana tak excited, sejadah warna pink lagi. Memang favourite budak perempuan la. Antara komen-komen mereka :

” Comelnya dariya pakai telekung. semoga jadi anak yang solehah insyaallah.. “

” Alhamdulillah dh jd kakak ni boleh ajar adik solat. so cute.. “

” Alhamdulillah comelnya cutelah . Muka jep ni haha.. “

” Alolo gud gurl Dariya, Anak solehah.. Pakai telekung terus muka kakak sariyanti copy paste.. ”

” Comelnye dariya pakai telekung. Alhamdulillah dariya semoga jadi ank yg solehah dan berbakti pada mama dan abah.. “

” Sebiji muka pak dia. Masa kecik iras mummy, dah besar macam abah dia.. “

Halah halah kakak Khidir ni dah big girl la dia. Dah pandai nak solat, bagus sungguh ajaran abah dan mama ni. Apa pun, semoga Dariya membesar dengan ceria selalu, jadi anak yang solehah dan berguna serta berjasa kepada kedua orang tua nanti. Aamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sari Yanti

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..