Pak Azad Bikin Kecoh Di Johara Pagi Era, Mengaku Ernie Zakri Bekas Kekasihnya. Jawapan Ernie Buat Ramai Yang Gelak Besar !!

Lihat Reaksi Pak Azad Semasa Kena Denda Makan Petai Dan Budu Yang Sudah Di’Blend’. Serius Lawak !!

Kepada yang mengikuti akaun instagram pelakon Azad Jazmin atau dikenali dengan nama Pak Azad dan isterinya pelakon dan penyanyi Eira Syazira mesti anda selalu melayan video-video kelakar dan sweet pasangan ini.

Pak Azad ni buat video tak sah tak kelakar. Ada je idea dia nak bagi orang gelak. Memang tak kering gusi kalau menonton aksinya yang kuat mengusik dan bergurau sama ada dengan isterinya, anak-anak dan juga ahli keluarga yang lain.

Yang terbaru, Pak Azad dan Eira dijemput ke Johara Pagi Era. Studio Radio Era menjadi kecoh dengan gelagat Pak Azad yang kelakar dan Eira yang kuat gelak dan ketawa. Untuk pengetahuan, pasangan ini tercalon dalam Top 5 Couple MeleTOP untuk Anugerah MeleTOP ERA 2019 yang akan berlangsung pada 21 April 2019.

Apa yang menariknya dalam segmen Benar atau Cabar, Pak Azad mengaku penyanyi dan guru vokal Ernie Zakri sebagai bekas kekasihnya. Dengan begitu confident Pak Azad menyebut nama ibu Ernie setelah ditanya oleh Johan. Aduhaiiii kelakar betul Pak Azad ni.

Untuk pengetahuan semua, Pak Azad dan Eira pernah berlatih vokal dengan Ernie. Jom tonton video di bawah :

” Wehhh. Serious kecoh weh ! Laki bini havoc. Korang rasa betul ke @erniezakri ni ex girlfriend @azadsyazirarose ni ? Siap tahu nama mak lagi ha. #BenarAtauCabar #JoHaRaPagiERA.. “

Apa yang meenariknya, untuk kepastian pihak Johara Pagi Era telah membuat panggilan telefon kepada Ernie. Jawapan Ernie menggamatkan suasana di studio Radio Era.

Hahahahah ! Ni JoHaRa lah @azadsyazirarose ingat boleh kelentong senang-senang macam tu je ? Kita terus call @erniezakri tau hihi #BenarAtauCabar #JoHaRaPagiERA.. “

Ini pula reaksi Pak Azad dan Eira semasa dikenakan denda untuk makan petai dan budu yang sudah dikis4r. Memang tak pernah tak kelakar Pak Azad ni. Hahaha..

” Tengok la muka nakal Johan @jozlynnhanania dnegan Ray @raydapdap ketawakan @azadsyazirarose dengan @eirasyaziraofficial sebab kena makan petai + budu yang dah blend #BenarAtauCabar.. “

Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat Pak Azad. Antara komen-komen netizen :

” Hahahha memang tak laaa pak azad uiii buat perangai betul dia.. “

” Sumpah best diorg ni, i dah tergelak gelak dlm kereta. Hilang stress jem.. “

” Hahahaa geram aihhh dgn Pak Azad n wife Ada aje.. “

” Mesti riuhkn hari2 kalau @era.je ambil @azadsyazirarose jadi DJ era.. “

” Pec4h perut la ngn azad ni.. hahahahah .. s4kit perut kite.. “

” Hahahahah memang tak lahh.. “

” Hahahaha… berdekah gelak aku dgn korang ni.. org sebelah tgk pn pelik je. klakar gile pagi ni. azad terbaik.. “

” Giler lawak. gelak tk ingt tgh2 drive ni. hahaha adoiii @azadsyazirarose mmg best.. “

Alahai serius lawak, memang ketawa tak kering gusi bila menonton video lawak Pak Azad ni. Apa-apa pun all the best Pak Azad dan Eira Syazira.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Azadsyazirarose by Berita Kopak & Ciungwanara

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..