” Padu Tuanku, komen yang hebat.. ” – Netizen

Sempena Hari Lahir, TMJ Terima Ucapan Hari Lahir Daripada Cristiano Ronaldo. Wow Bukan Kaleng-Kaleng Ni, Happy Birthday Tuanku !!

Tunku Mahkoya Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim telah menyambut hari ulang tahun keputeraannya yang ke 36 tahun pada semalam. Tunku Ismail juga dikenali dengan gelaran TMJ merupakan putera sulung Sultan Johor sekarang, Sultan Ibrahim Ismail dan Raja Zarith Sofia Sultan Idris Shah.

Untuk rekod, Tunku Ismail ditabalkan sebagai Tunku Mahkota Johor pada 26 Januari 2010 selepas ayahandanya ditabalkan menjadi Sultan Johor Darul Takzim ke – 25 pada 23 Januari 2010. Pada tahun 2014, DYAM Tunku Ismail telah mendirikan rumah tangga bersama YAM Che Puan Khaleeda Bustamam.

Hasil perkongsian hidup, pasangan diraja ini telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Yang Amat Mulia Tunku Khalsom Aminah Sofiah, 4 tahun,  Yang Amat Mulia Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim 3 tahun dan Yang Amat Mulia Tunku Abu Bakar Ibrahim berusia 1 tahun.

Menerusi akaun Instagram milik TMJ, sempena hari lahirnya, TMJ telah menerima ucapan ulang tahun hari keputeraan daripada bintang Juventus, Cristiano Ronaldo. Ucapan istimewa dibuat pemain kelahiran Portugal itu menerusi satu komen di ruangan Instagram milik TMJ.

Ikuti perkongsian tersebut di bawah :

Ramai warganet juga dilihat teruja dengan ucapan Ronaldo yang juga antara pemain terbaik dunia. Antara komen- komen tersebut adalah :

” Terperanjat CR (Cristiano Ronaldo) komen… memang terbaik .. “

 ” Wow Padu Tuanku, komen yang hebat. Happy Birthday !!  “

” Fuhh CR comment, teperanjat aku, betul2 amazing.. “

” Uish idolo.. CR7 Suuiiiiii, jangan main-main beb.. “

” Ad0i, jeal0us kot, CR ucap besday. Confirm xlena tidur ni .. “

” Perhhh cristiano CR coment and wish birthday, aje hawo terkej0t teman bacenya , beno ke kome? Ke awok nih tengah mimpi hihi ate bila nk dtg malaysia nya.. “

Selain itu, ramai yang turut sama memberikan ucapan kepada pemilik kelab Harimau Selatan itu. Turut berkongsi gambar sambutan hari lahir TMJ ialah YAM Che Puan Khaleeda Bustamam di akaun Instagram miliknya. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak turut mengambil kesempatan ini, mengucapkan Selamat Hari Lahir buat TMJ, semoga sentiasa bahagia bersama keluarga tercinta. Aamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Tunku Ismail, YAM Che Puan Khaleeda

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..