” Orang bertunang ni banyak ujian dugaan dan cabaran.. “
Mengej0tkan !! Zara Zya Dan Hafreez Adam Sudah Put0s Tunang. Tak Sangka Ini Sebabnya..
Terdahulu Zara Zya telah selamat mengikat tali pertunangan bersama kekasihnya iaitu, aktor Hafreez Adam dalam sebuah majlis tertutup di Sungai Buloh, Selangor. Memilih bulan Oktober untuk bertunang adalah sempena bulan kelahiran Zara Zya.
Sebelum itu, Zara Zya telah dirisik oleh keluarga Hafreez pada 8 September 2019. Pasangan ini mula berkenalan ketika sama-sama membintangi drama Mona Lisa pada tahun 2017. Pasangan ini juga pernah merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun lepas.
Namun, dengan kesibukkan masing-masing pada kerjaya, dan komitmen pada kerja hasrat pasangan ini terpaksa ditangguhkan. Mengikut kehendak pasangan ini tidak mahu bertunang, namun bagi menghormati permintaan kedua-dua pihak keluarga, pasangan ini akur akan keputasan tersebut.
Namun, pada bulan November yang lalu, pasangan ini hang4t diperkatakan tidak lagi sehaluan dan desas-desus pasangan ini sudah put0s tunang kerana melihat pada akaun media sosial masing-masing tidak meletakkan lagi gambar bersama.
Menurut laporan Berita Harian yang dikongsikan di Instagram ABPBH 32, Hafreez Adam ketika dihubungi, berkata telah bersepakat bersama Zara Zya untuk meleraikan segala spekulasi berkaitan hubungan mereka. Hafreez juga menyatakan , tidak ada lagi sefahaman antara mereka. Mereka juga telah put0s tunang secara baik.
Rata-rata peminat telah memberikan komen yang mereka begitu terkej0t akan keputusan pasangan ini. Antara komen-komen tersebut :
” Betul ke ni sedih sangat.. “
” Org bertunang ni banyak ujian dugaan dan cabaran.. “
” Urmmm sronok sngt dlu.. last ii putus gitu je.. sdih.. xde jodoh.. “
” Lahhhh pulakkk. Couplee bertahunnnn takpeaaa pulakkk. Tunang 2 bulan putuss hmmm.. “
” Lahhh put0ss pulakk ,, tunggu2 naik pelamin , tak jadi pulak.. “
” Xde jodoh la tu hmm .. “
Sebelum ini, ternyata Hafreez tidak lagi mengikuti Zara Zya di instagram dan telah memadamkan gambar mereka berdua. Namun buat masa ini , pasangan ini mengambil keputusan untuk tidak bertemu antara satu sama lain kerana tidak mahu ada sebarang tekanan daripada pihak luar.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Abpbh_ 32, Zara Zya, Hafreez Adam by berita Kopak & Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..