” Opah makan dulu yer komer. Kalau miker terliur ater oder ler.. “

Sheila Rusly Kongsi Gambar Sudah Tua. Part Yang Komen Pasal Gigi Palsu Tu Yang Paling Kelakar !!

Siapa tidak kenal akan penerbit drama Malaysia, iaitu, Sheila Rusly, merupakan juga pelawak dan pengacara. Pernah merangkul pelbagai anugerah hasil pembabitan beliau dalam dunia industri drama tanah air. Memiliki dar4h campuran Melayu dan Cina.

Mula bergiat aktif di persada seni sejak 1986 ketika berusia 16 tahun. Ketika awal kemunculan dalam bidang lakonan, beliau banyak berlakon dibawah arahan pelawak terkenal AR Badul. Bakat komedinya telah dicungkil oleh AR Badul hingga menjadi pelawak wanita paling popular di Malaysia.

Popularti beliau mula naik dengan mendadak setelah kemunculan beliau dalam trilogi Enot pada tahun 2002. Lakonan beliau yang bersahaja meletakkan beliau sebagai salah sseorang aktres komedi yang paling berpengaruh di Malaysia. Kini beliau aktif sebagai penerbit dan banyak menerbitkan drama-drama bermutu untuk siaran televisyen tempatan.

Sheila Rusly telah mendirikan rumah tangga bersama Azman Yahya atau dikenali sebagai “Jinggo” pada tahun 1995 yang juga merupakan seorang pengarah dan penerbit dan pengasas JS Pictures bersama isterinya . Mereka telah dikurniakan dua orang anak lelaki yang bernama Uzair Haqimy dan Luth Mikhail.

Menerusi instagram, Sheila Rusly telah berkongsi gambar beliau ketika berada di tempat penggambaran drama arahan beliau dan turut berlakon bersama dalam drama tersebut. Paling menarik gambar yang dikongsi beliau adalah sebagai seorang nenek tua dan kapsyen nya sangat mencuit hati pembaca.

Baca perkongsian Sheila Rusly dibawah

” Opah makan dulu ye komer.. kalau miker terlior ater oder le.. Nasi berlauk ayam @dapoo.alona
#bukangadisbiasa #opahaminah #sentiasabersyukur #alhamdulillah SFX Opah Aminah @nissakhanmakeup .. Styling @enapakwan @naomilarra .. “

Rata-rata peminat terhibur akan kapsyen Sheila Rusly yang sudah menjadi tua dan peminat juga berpesan untuk berhati-hati ketika makan. Antara komen-komen netizen :

” Hati-hati kunyah ye opah .. tak0t tanggal gigi palsu opah.. “

” Larat lg nak kunyah timun tu opah.. “

” Tanjat Kita.. Walaupun tua.. Tapi sinaran mata mu tetap menjadi pujaan Hati ku.. “

” Jgn mkn pedeh2 opah.. karang pedih ulu ati… jenuh karang nk mencari myk angin.. “

” Supperb ar opah… Teringat arwah nenek sy yg tersyg… Hati2 kunyah ye nek… Tercabut gg pelesu nnti.. hihi.. “

” Ate mau r0ngak gigi opahnye kalo makan timun tu.. “

Wahh!! berbakat sungguh Sheila Rusly. Ternyata bakat lakonan beliau sangat terbaik dan menarik. Beliau sememangnya layak sebagai pelakon industri yang berbakat besar dan paling berpengaruh Malaysia. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat maju jaya kepada sheila rusly dan sentiasa dimurahkan rezeki. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sheila Rusly by berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..Â