” On tempo dia nyanyi. Sooo pandai.. “
Video Anak Azad Jasmin Dan Eira Syazira, Ameisya Menyanyi Lagu ‘Let It Go’ Mendapat Pujian Netizen. Wah, Sedapnya Suara Dia. Dah Lah Muka Cantik Macam Kajol !!
Azad Jasmin dan Eira Syazira sering menjadi perhatian peminat kerana karakter mereka yang begitu serasi. Mereka merupakan pasangan selebriti tempatan yang paling semp0i. Pasangan ini berkahwin pada 16 September 2011 dan kini dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan.
Ketiga-tiga cahaya mata mereka bernama Amarra Sofea Rose, Ameisya Leann Rose dan Areisya Suri Rose. Azad atau lebih dikenali sebagai Pak Azad di akaun media sosialnya sering memuatnaik video yang mencuit hati netizen. Walaupun ada juga yang mengec4m perbuatan Azad namun Azad tetap meneruskan keletahnya yang gil4-gil4.
Terkini, pasangan ini mempunyai channel Youtube sendiri bernama ‘Family Pak Azad’. Dengan adanya channel ini, para peminat mereka dapat menonton video mereka dengan durasi video yang lebih panjang. Pastinya lagi menggeletek hati para peminat.
Menerusi akaun Instagram, Pak Azad berkongsi video anak keduanya, Ameisya menyanyikan lagu popular daripada filem ‘Frozen’ berjudul ‘Let it go’. Ameisya yang baru berusia 3 tahun boleh menyanyikan lagu tersebut dengan baik sehingga dipuji oleh netizen. Alahai, comel sangat !
Tonton video di bawah :
” Let it go… By #ameisyaleannerose 3yrs hahahahaha her version of singing… Tak tau lah sapa guru vocal Ameisya… but daddy love it so much especially bila daddy penat kerja, but listening to your voice daddy punya penat pun hilang… “
” Hehehe cuteness overload… harap sgt @ybcikguazman akan beri kebenaran utk ameisya perform waktu Karnival Kedah 2020 tak lama lagi… “
Rata-rata netizen memuji nyanyian Ameisya dan ramai memuji kecomelan serta kecantikan Ameisya. Antara komen-komen mereka :
” So cute.. janji t0ne cun.. “
” On tempo dia nyanyi… sooo pndaiiìi.. “
” Guru vocal Ameisya is Pak Azad.. “
” Ameisya mcm mina hindustan so cantik.. “
” Makin segak dah Ameisya.. mcm hindi moviestar .. “
” Comel nya muka mcm #kajol “
Wah, pandai Ameisya nyanyi. Diharap bolehlah Ameisya membuat persembahan di Karnival Kedah 2020 seperti yang diharapakan oleh Pak Azad. Semoga Ameisya membesar menjadi anak yang bijak dan solehah. Jadilah anak yang membanggakan ibu dan ayah ye.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Pak Azad by Berita Kopak / Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..