“Kerana Melihat Badan Isteri Semakin Berisi, Saya Menunggu Masa Untuk Mencer4ikannya”

Sehinggalah satu hari saya tidak sengaja melihat album perkahwinan kami…

Perkahwinan itu memerlukan pengertian antara dua manusia. Seorang suami hendaklah memahami perasaan isterinya dan mengetahui yang rumahtangga itu lahir dari saling melengkapi antara satu sama lain.

Begitulah juga dengan seorang suami ini yang menceritakan tentang kehidupan rumahtangganya yang berasa hambar apabila melihat diri isterinya yang tidak lagi terurus dan hampir mencer4ikannya.

Tetapi satu perkara telah menyedarkannya dan dia sedar tentang apa yang isterinya itu telah lakukan selama ini. Mari kita baca tentang perkongsiannya di bawah ini

Saya dan isteri telah berkahwin lama. Perkahwinan kami telah dianugerahkan dengan tiga orang cahayamata. Selama ini rumahtangga kami dalam keadaan baik-baik sahaja. 

Sejak berkahwin, berat badan isteri saya telah bertambah naik. Dari seorang yang ramping, tubuhnya menjadi gem0k dan berisi. Penampilannya tidak lagi menarik seperti sebelum berkahwin.


Gambar Sekadar Hiasan

Pada awal-awal kami berkahwin, isteri saya akan berdandan dahulu sebelum pergi kemana-mana. Badannya kurus dan lansing dan wajahnya selalu berseri-seri. Tetapi selepas mendapat anak, pakaiannya pun tidak terurus lagi, mukanya yang dulu berseri kini dah kus4m.

Bukan itu sahaja, selain tubuhnya gem0k ditambah lagi dengan berlipat-lipat membuatkan saya tidak lagi tertarik dan tidak memandang lagi dirinya.

Setiap kali saya balik ke rumah, saya melihatnya selalu berserab0t dan tidak terurus. Lemak diper0tnya juga dilihat berlapis-lapis dan sangat kelihatan jika dia memakai seluar. Kalau keluar, memang rasa malu yang teramat sangat apabila terjumpa dengan kawan-kawan saya.

Paling tidak tahan jika mereka bertanya kepada saya adakah isteri saya itu sedang mengand0ng. Pendek kata, saya sudah mu4k melihat dirinya. Kalau malam melihat dia tidur disebelah saya, dengan buluu keti4k yang tidak dicukur, baju dalam tidak dipakai menambahkan lagi perasaan menyamp4h aku kepadanya.


Gambar Sekadar Hiasan

Oleh kerana tidak tahan melihat dirinya dan hidup pun terasa kosong, saya mengambil keputusan untuk mencer4ikannya. Saya akan memberi alasan yang hubungan kami tidak serasi dan sudah berasa kosong, lebih baik kami berpis4h dari hidup bersama tiada maknanya lagi.

Saya menunggu masa yang sesuai untuk memberitahunya. Isteri saya yang sememangnya tidak banyak bercakap dan saya lihat dirinya selalu sahaja kadang-kadang seperti bersed1h tetapi dia tetap menguruskan anak-anak kami dan menyiapkan segala keperluan saya.

Masa yang sesuai untuk memberitahunya dan berterus-terang belum lagi ada,¬†sehinggalah satu hari saya tidak sengaja melihat album perkahwinan kami…

Saya baru sedar yang isteri saya sebenarnya seorang yang cantik. Dia telah meng0rbankan masa mudanya dan kecantikan dirinya hanya untuk menjaga saya dan membesarkan anak-anak kami. Airmata saya mula menitik dan berfikir apa yang telah saya lakukan selama ini.


Gambar Sekadar Hiasan

Kenapa saya tidak pernah memikirkan apa yang isteri saya telah lakukan dan kenapa saya tergamak untuk berfikir untuk mencer4ikannya. Saya rasa benar-benar menyes4l dan berd0sa kerana sangggup untuk mencer4ikan isteri saya itu.

Malam itu, saya memel0k isteri saya yang telah lama saya tidak memel0knya. Airmata saya menitis di bahunya. Isteri saya bertanya mengapa saya menangis tiba-tiba tetapi tangisan saya semakin kuat dan akhirnya saya berterus-terang tentang apa yang terbuku di hati saya

Isteri saya hanya tersenyum sahaja tidak berkata-kata. Tetapi saya berjanji akan menjaganya dan akan membantunya menguruskan rumahtangga kami. Saya tidak akan membiarkan isteri hanya berseorangan menguruskan anak-anak.


Gambar Sekadar Hiasan

Selepas dari hari itu, saya melihat isteri saya mula mengamalkan diet dan bersenam. Dia juga selalu ke pusat kecantikan dan wajahnya yang dulu kus4m saya lihat kembali berseri. Dan tidak lama kemudian, saya melihat kembali diri isteri saya yang sebenar semasa awal perkahwinan kami.

Dari seorang yang tidak terurus, isteri saya menjadi seorang yang kembali kepada dirinya. Saya bersyukur tidak mengikut kata hati. Sebenarnya isteri memerlukan suami untuk memahami diri mereka. Sebagai seorang suami hendaklah memahami peng0rbanan yang dilakukan seorang isteri.

Bantulah mereka dalam menguruskan rumahtangga kerana saling melengkapi itu adalah kunci kebahagiaan rumahtangga. Isteri kita mungkin tidak cantik lagi, mungkin tidak terurus lagi tetapi itu adalah kerana dia telah meng0rbankan segalanya untuk anak-anak dan suaminya.

Terima Kasih kerana Membaca. Silakan SHARE Ya!

Disediakan Oleh Berita Kopak / Content Media