” Oklah kak Umai nyanyi, Aafiyah joget.. “

Video Siti Aafiyah Menari Ketika Umairah Menyanyikan Lagu Dato’ Siti Nurhaliza Buat Ramai Terhibur. Amboi, Bukan Main Lagi Aafiyah Jadi Penari Latar !!

Ummi Umairah merupakan anak saudara kepada penyanyi nombor satu Malaysia, Dato’ Siti Nurhaliza. Umairah merupakan anak kepada adik Dato’ Siti iaitu Siti Sairah. Umairah semakin dikenali apabila dia menyertai program Ceria Megastar Ministar terbitan Astro.

Ummi Umairah yang lebih mesra disapa sebagai Umai merupakan anak sulung kepada Siti Sairah. Penglibatan Umai dalam bidang nyanyian semakin terserlah berikutan penyertaannya dalam program Ceria Megastar Ministar tersebut mendapat perhatian ramai.

Umai sememangnya mempunyai bakat seperti ibu saudaranya, Dato’ Siti Nurhaliza. Kemerduan suaranya saling tidak ubah seperti Dato’ Siti. Umai juga kini mula terlibat dengan bidang lakonan namun begitu dia masih mementingkan pelajarannya.

Menerusi akaun Instagram, video Umai menyanyikan lagu Dato’ Siti dikongsikan ketika majlis sambutan hari lahir ibu saudaranya itu. Apa yang menarik perhatian ialah gelagat Aafiyah menari ketika Umai menyanyikan lagu tersebut sangat menghiburkan.

Tonton video di bawah :

”  1.1.2020 | 11.1.2020. Birthday umai dan makiti sama bulan January dan nombor tuah kami sama. SATU! dari umai baby sampai skrg makiti mesti ingat umai. dan umai mesti perform di majlis birthday makiti. terima kasih makiti. . “

” Adik @aafiyahkhalid nanti besar kita nyanyi sama-sama tau! happybirthdaymakiti #happybirthdaysitinurhaliza #ctdk @ctdk #sitizoners @sitizonemy @umailovers_official.. “

Rata-rata netizen terhibur melihat gelagat Aafiyah di samping kemerduan suara Umai. Antara komen-komen mereka :

” Amboi Aafiyah, oklah kak Umai nyanyi, Aafiyah joget.. “

” Untung Umai dah ada penari sendiri.. “

” Amboi Aafiyah happy betul dia.  “

” Ala kenapa kejap sgt videonya.. Suka tgk gelagat Aafiyah.. “

” Sedap suara Umai.. Comel je Aafiyah menari.. “

” Bukan main Aafiyah menari.. “

Amboi Aafiyah bukan main lagi dia menari. Pada sesiapa yang selalu mengikuti perkembangan Aafiyah pastinya perasan bahawa sememangnya Aafiyah suka menari. Aafiyah juga pernah menari ketika ibunya membuat persembahan. Comel sangat !!

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ummi Umairah by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..